” Bila bergambar macam ni, baru nampak semuanya iras Mak Salmah, cantik.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Dato’ Seri Siti Nurhaliza Bersama Adik Beradik Dan Ibunya Tarik Perhatian Warganet. Wah Muka Semua C0py Paste Mak Salmah, Cantik-Cantik Belaka !!

Dato’ Seri Siti Nurhaliza, antara penyanyi yang mempunyai ramai peminat dan sangat berpengaruh. Bukan sahaja memiliki suara yang merdu ketika menyanyi, malah Dato’ Seri Siti Nurhaliza juga memiliki raut wajah yang cantik.

Selain Dato’ Seri Siti Nurhaliza, kakaknya, Siti Saida dan adiknya, Siti Nursairah turut berkecimpung dalam dunia seni suara. Meninjau di akaun Instagram, Dato’ Seri Siti telah memuatnaik gambar terbarunya bersama adik beradik dan ibu mereka, Mak Salmah.

Kelihatan dalam gambar tersebut, Mak Salmah sedang duduk di tengah dan diapit oleh Dato’ Seri Siti, Saida dan Sairah. Perkongsian gambar itu telah menarik perhatian warganet kerana jarang-jarang Dato’ Seri Siti berkongsi gambar bersama adik beradiknya.

Malah ada yang menyatakan yang Dato’ Seri Siti dan adik beradiknya memiliki wajah yang seiras seperti ibu mereka. Sehingga kini, gambar itu telah menerima lebih 67 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Siti Sairah di akaun Instagramnya :

Di ruangan komen, rata-ratanya memuji kecantikan Dato’ Seri Siti, adik beradiknya serta Mak Salmah. Antara komen-komen menarik adalah :

” Bila bergambar ramai-ramai macam ni, baru nampak semuanya iras Mak Salmah, cantik-cantik belaka semuanya.. “

” Semuanya cantik anugerah yg Allah bgi tiada tolak tandingannya. Semoga keluarga ni akan bahagia smpi ke jannah amin.. “

” Kenapa aku rasa mak Salmah paling cantik.Yg lain pun cantik, tapi mak Salmah muka dia manis, ayu dan cantik. Setiap perempuan impikan wajah yang manis dan sejuk macam bila dah berusia.. “

” Baka cantik2 semuanya, alahai suka tengok gambar Mak Iti dengan familynya. Semoga Mak Salmah sihat2 selalu.. “

” Patutlah anak2 semua cantik rupa-rupanya mak dia masih nampak jelita walau dah berusia salam kenal Mak Salmah.. “

” Alhamdulillah. Mak salmah masih cantik, moga sentiasa sihat semuanya. Muka anak perempuan semua c0py paste Mak Salmah.. “

” Comel2 semuanya. Sairah sebiji muka Dato Siti lah, hehe cuma versi bamb4m sikit. Mak Dato Siti pun cantik lagi yer.. “

Betul lah, semuanya nampak begitu seiras seperti Mak Salmah. Mak Salmah pun apa kurangnya, meskipun sudah berusia, wajahnya masih kelihatan cantik dan berseri-seri. Semoga Dato’ Seri Siti terus bahagia bersama keluarga tersayang dan moga Mak Salmah terus diberikan kesihatan yang baik selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk, sitinursairahtarudin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..