” Betul lah orang kata. Life lelaki bermula at 40s.. ” – Kolin Abdullah

Setelah Terima Kek Ucapan ‘ Jangan Tambah Bini ‘ Sempena Hari Bapa, Ini Respon Rahim Pada Isteri Pertamanya, Kolin Abdullah. Ishhh Memang Nak Kena Ni, Jangan Macam – Macam Bang Rahim !!

Turut meraikan sambutan hari bapa, isteri pertama pelawak Rahim, Kolin Abdullah juga memberikan ucapan khas buat suaminya ini. Kolin berkongsikan di Instagramnya terdahulu gambar sebutir kek beserta satu ucapan istimewa buat Rahim.

Tertera di kek ucapan Selamat Hari Bapa, namun ucapan pada kek itu diakhiri dengan ayat yang mencuit hati. Memberi amar4n namun dalam cara bergurau, Kolin mengingatkan Rahim dengan bait ayat ‘ Tambah anak tak apa, jangan tambah bini..’ buat ramai yang terhibur dan menerima banyak komen.

Rahim yang memberi responnya terhadap ucapan khas isteri tersayangnya ini juga dibalas dengan penuh jenaka serta gurauan. Rahim menghantar pesanan di aplikasi whatsapp gambar kek yang sudah disunting perkataannya dari ‘Jangan tambah bini’ kepada ‘Tambah bini ok’. Memang nak kena Rahim ni. Hehehe !!

Menerusi akaun Instagram, Kolin Abdullah berkongsikan satu paparan Whatsapp perbualan beliau bersama suaminya, Rahim Sepahtu. Rahim yang menunjukkan ‘kepakaran’nya menyunting gambar ucapan Kolin pada kek hari bapa itu. Amboi bukan main lagi Rahim yer !!

Ini berikutan posting terdahulu Kolin yang ditujukan khas buat Rahim.

Perkongsian ini membuatkan ramai terhibur. Antara komen-komen netizen :

” Alaaa syokk laaaa…. happiness selalu both. Moga bahagia dunia akhirat kak kolin dan abg rahim.. “

” So sweet both you.. You are superb Kolin. Terbaik.. “

” Dah alang-alang bergurau… Iyakan je. Hahaha janji bahagia.. “

” Aduhai, dh pandai edit ni betol kelakar. Buat hal la rahim.. “

Komen daripada Rahim sendiri juga sangat mencuit hati. Kalau dah sayang, ye tak Bang Rahim.

Comel sungguh cara gurau senda suami isteri ini. Semp0i dan bersahaja janji kedua-duanya happy dan bahagia. Apa pun, sama-sama kita doakan kebahagian Kolin dan Rahim. Semoga ikatan mereka ini dirahmati Allah selalu dan berbahagia hingga ke syurga. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kolin Abdullah, IG Rahim 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..