” Betul la c0py and paste Nanny, sama wajahnya .. ” – Netizen

Didie Alias Kongsi Gambar Terbarunya Bersama Cucu. Wajah Mereka Yang Seiras Cur1 Perhatian Netizen. Alahai Comelnya, Kl0n Sungguh Ni !!

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pelawak Didie Alias. Beliau mula terjebak dalam industri hiburan sejak tahun 1988 lagi. Sememangnya sudah cukup lama dalam dunia hiburan dan sudah dikenali ramai. Beliau bermula dengan menyertai pertandingan Dewi Rewaja dan seterusnya mengatur langkah dalam bidang seni.

Tidak hairanlah Didie sangat berbakat dalam bidang lakonan. Pelbagai watak yang telah dibawanya, sepanjang menjadi seorang pelakon. Perwatakannya yang happy go lucky dan peramah membuatkan Didie sangat disenangi oleh rakan-rakan dan juga mempunyai peminat tersendiri.

Didie dikenali dengan penampilan fesyen yang lain daripada yang lain. Gaya fesyen yang ditonjolkan oleh Didie sering mencur1 perhatian ramai. Didie turut mendapat jol0kan nama sebagai ‘Lady Gaga’ Malaysia. Siapa sangka Didie yang kelihatan masih muda dengan penampilannya, kini sudah pun mempunyai cucu.

Terbaru, Didie telah memuat naik sebuah posting bergambar di laman Instagram miliknya. Gambar tersebut adalah gambarnya bersama dengan cucunya. Apa yang menariknya, wajah cucunya itu hampir seiras dengan wajahnya. Dengan matanya yang menonj0l dan hidungnya yang mancung sama seperti Didie.

Jom lihat perkongsian daripada Didie Alias di bawah ini :

View this post on Instagram

Nanny and mini her 😘❤️ #surishahriman

A post shared by DiDie Alias (@ladydidiemsia) on

Perkongsian Didie mendapat perhatian netizen. Mereka menyatakan wajah Didie dan cucunya seiras. Ini antara komen-komen mereka :

” Cute, like grandma like grand daughter, muke sejibik.. “

” Comelnyaaaaa n bestnya bau syurga, tahniah kak ladydidiemsia.. “

” Soo cute the mini one, tahniah dapat cucu.. “

” Waahhh klon nanny niii, semoga strong will exactly like nanny.. “

” Betul la copy n paste Nanny, Sama wajahnya Klon sungguh.. “

Alhamdulillah dan tahniah buat Didie atas kelahiran cucunya itu. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga cucunya itu membesar dengan sihat, menjadi orang yang berilmu, dan ilmunya memberi manfaat buat semua orang, serta berjasa kepada dua orang tua. InshaAllah.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Didie Alias

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..