” Bestnyaaaa klasik, macam ni la best tak lupa orang dulu sebelum kita.. ” – Netizen
Miera Leyana Kongsi Video Majlis Berinai Dan Akad Nikahnya Yang Begitu Meriah. Suasana Klasik Tu Terasa Sangat, Siap Ada Tarian Pop Yeh Yeh Lagi. Dah Macam Zaman P. Ramlee, Grand Sungguh !!
Pelakon Miera Leyana telah pun selamat menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan bernama Rosland Othman. Perkenalan mereka sejak 4 tahun lalu akh1rnya membawa mereka ke jinjang pelamin. Hanya bermula sebagai kawan, Miera sendiri tidak menyangka Rosland adalah jodohnya.
Rosland melamar Miera pada bulan Mei yang lalu dan seluruh keluarga Miera menerima baik lamaran ini. 27 Julai menyaksikan pasangan ini disatukan sebagai suami isteri yang sah. Sebelum ini Miera ada berkongsikan beberapa keping gambar ketika majlis berinainya.
Memilih tema klasik, Miera menggayakan pakaian ala-ala Saloma hasil pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini. Memakai pakaian yang sopan dan tidak menjol0k mata, Miera kelihatan sangat cantik serta anggun dan mendapat pujian ramai netizen.
Meninjau akaun Instagram Miera Leyana, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana di sekitar majlis berinai dan akad nikahnya baru-baru ini. Pemilihan tema Saloma untuk majlis malam berinainya menyemarakkan lagi kemeriahan majlis Miera dan Rosland.
Jom tonton video di bawah :
Tema klasik ini menjadi tarikan kepada seluruh peminat Miera. Terasa seolah-olah berada di zaman P. Ramlee dan antara komen-komen peminat :
” Bestnyaaaa klasik, macam ni la best tak lupa orang dulu sebelum kita.. “
” Got to see this…. alhamdulillah.. tahniah roml semuga berkekalan hingga ke jannah.. aamiin.. “
” Magical, Tahniah-tahniah.. Semoga berkekalan hingga ke Jannah. Aminn.. “
” Magnificient ! Tahniah. You look stunning.. “
” Love.. bestnya theme tahniah both.. “
” Best Wedding of the year 2020. Congrats mieraleyana & husband.. “
Lain daripada yang lain tema yang dipilih Miera dan suaminya ini dan ianya membangkit kenangan era 60an dengan tarian Pop Yeh Yeh yang dipersembahkan. Selamat pengantin baru Miera semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Miera Leyana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..