” Bestnya tengok, serba lengkap, rasa selesa sangat.. ” – Netizen

Betty Rahmad Kongsi Video Camping Setup Bersama Suaminya Dapat Pujian Peminat. Wah Cara Hias Khemah Tidur Tu Dah Macam Hotel, Siap Ada Tandas Dan Wayang Pacak Tepi Pantai !!

Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon dan penyanyi Betty Rahmad pasti tahu yang Betty seorang yang suka melakukan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga tersayang dan sering berkongsi video aktivitinya di akaun Instagram.

Terbaru, Betty ada memuatnaik video yang memaparkan Betty dan suami telah melakukan aktiviti berkhemah di tepi pantai. Paling menarik, dalam video tersebut, Betty tidak l0kek berkongsi bagaimana cara Betty dan suami setup camping tersebut buat tontonan ramai.

Tulis Betty, video yang dikongsikan ini adalah atas permintaan orang ramai yang ingin melihat cara Betty dan barang-barang yang dibawanya ketika melakukan aktiviti perkhemahan. Kalau dilihat dalam video itu, serba lengkap peralatan asas yang dibawa oleh Betty, malah turut disediakan tandas.

Selain itu, menerusi posting lain, Betty juga berkongsi gambar bersama suami sedang menikmati keindahan malam sambil menonton wayang pacak yang dibuat oleh mereka sendiri. Sehingga kini video camping setup oleh Betty telah mendapat lebih 16 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom ikuti perkongsian di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon positif diberikan oleh warganet dan ada yang teruja melihat cara keluarga ini melakukan aktiviti perkhemahan yang begitu menarik. Antara komen-komen menarik adalah :

” Bestnya tengok, serba lengkap rasa selesa sangat. Kalau macam ni, mahunya tinggal di tepi pantai lama-lama, hehehe sebab seronok.. “

” Enjoy betul. Paling suka tengok cara hias tempat tidur tu, sempurna betul perkhemahan Betty sekeluarga, kita yang tengok pun terpegun.. “

” Betul, macam ni lagi best dari tidur kat hotel 5 bintang. Rasa tenang je camping, lagi2 kena angin pantai.. “

” Wahh siap boleh tengok wayang, ni betul2 enjoy sis, hehehee terus rasa nk juga camping macam ni lah.. “

” Aktiviti mcm ni kalo laki tak rajin mmg tak jadi le, hehe. Suka tgk ur husband pandai serba serbi. Happy camping u alls.. “

” Sukanya dengan setup u sis. Semuanya lengkap lah, hehe dah tak macam tidur dalam khemah macam kt rumah je.. “

” Saya suka sangat, toilet pun ada mantapppp. Aduhai nak jugak mcm ni lah, tengok best sangat lah, hehehe.. “

Betul-betul menarik aktiviti Betty sekeluarga pada kali ini, serba lengkap barang asas dibawa mereka, patut ramai yang memuji. Bagi sesiapa yang ingin mencuba aktiviti perkhemahan di tepi pantai seperti Betty, boleh mengikuti Betty di akaun Instagramnya sebagai panduan.

Silakan SHARE..

Sumber : IGĀ  Betty Rahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..