” Besarnya rumah, cantik sangat Lan.. ” – Netizen

Perkongsian Video Sekitar Majlis Doa Selamat Di Rumah Baru Lan Solo Raih Perhatian Ramai. Wah, Besar Betul Rumah Baru Lan. Cantik Sangat !!

Rumah yang cantik dan selesa menjadi impian bagi sesebuah keluarga. Pada yang sudah memiliki rumah sendiri, pastinya ingin menghias rumah mereka mengikut citarasa sendiri dan seperti rumah yang diidamkan.

Meninjau ke akaun Instagram Lan Solo, perkongsian video terbaru Lan Solo ketika majlis doa selamat yang diadakan di rumah barunya telah meraih perhatian ramai. Wah, rumah baru Lan sudah pun siap diduduki.

Lan menjemput seorang ustaz dan juga pelajar- pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Al Mawaddah, Puchong dalam majlis tersebut. Di awal video dapat dilihat rumah baru Lan yang begitu besar dan tersergam indah.

Sehingga kini, perkongsian video Lan ini telah menerima lebih daripada 4 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik. Ramai yang tidak sabar untuk melihat dekorasi sepenuhnya rumah Lan yang pastinya cantik seperti istana.

Jom tonton video di bawah :

Lagi video yang dikongsikan :

Ramai yang mengucapkan tahniah kepada Lan dan memanjat rasa syukur. Antara komen-komen yang diberikan :

” Besarnya umah… cantik sangat lann.. Allahu.. alhamdulillah. Terima kasih lejen kite lansolo_official serta isteri puan sheilarazlan kerana mempercayai kami.. “

” Tahniah Lan n Family, semoga mkin murah rezky…. Syukur my bro lansolo_official .. nanti Kami pi rumah hang na …. Teringin nak tumpang solat Sana.. “

” Alhamdulillah.. syukur moga terus berjaya dunia akh1rat.. dapat tuai hasil apa yg ditanam selama ni.. tahniah.. “

” Alhamdulillah.. akhirnya impian jd nyata.. segala penantian amat berbaloi buat Lan sekeluarga. Tahniah lansolo_official.. “

” Weyh lansolo_official cantik gilerrrr rumah  Tahniah bossku, merasa jugak hasil titik peluh sendiri.. Kompem happy ahh anak bini dpt istana megah.. “

” Congratulations.. Its so beautiful Alhamdulilah… U deserve it.. May Allah bless you with unlimited good health and prosperity… aamin Aamin ya robbalaamin .. “

” Alhamdulillah lawanya hope kita pun dapat mcmni nnt.. Tahniah jiran. Dari jalan nampak chandelier besaq. Cantik.. “

Wah, memang cantik dan besar rumah Lan. Pastinya bertambah cantik apabila dihias sepenuhnya. Tahniah diucapkan kepada Lan dan isteri atas hasil usaha titik peluh sendiri dan berjaya membina rumah idaman.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lan Solo

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..