” Bertuahnya kecik-kecik mommy dan daddy dah bawa pergi umrah.. “

” Abang dan kakak tak ikut sekali ke ? Kesian diorang kena tinggal.. ” – Ditegur Netizen Kerana Tidak Membawa Lagi Dua Orang Anaknya Pergi Umrah. Ini Respon Mawar Rashid Sendiri !!

Mawar atau nama sepenuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid kini berada di Tanah Suci Makkah bersama suaminya, Raf Yaakob dan anaknya Raden Muhammad Rafael. Turut serta menunaikan umrah bersama mereka ialah beberapa ahli keluarga mereka yang lain.

Pelakon jelita ini seb4k dipilih menjadi tetamu rumah Allah apabila berpeluang menunaikan ibadah umrah buat kali pertama pada usia 24 tahun. Beliau turut memuat naik posting meluahkan rasa syukur dan membuka peluang kepada pengikutnya bagi mengirimkan doa.

Walau bagaimanapun, beliau tidak membawa dua orang anak tirinya iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela yang merupakan hasil perkahwinan suaminya, Raf bersama bekas isteri pertamanya. Mawar banyak berkongsi gambarnya menunaikan umrah di akaun Instagramnya.

Menerusi akaun Instagram, Mawar berkongsi gambarnya sekeluarga dengan kapsyen beliau mendoakan semoga ramai lagi dapat sampai ke tanah suci dan ia merasakan Rafael sangat bertuah kerana masih kecil sudah sampai ke sini.

Rata-rata netizen memberi komen tentang kecomelan Rafael yang tersenyum girang di dalam gambar tersebut. Antara komen-komen mereka :

” Happynya dia Alhamdulillah. Mntk2 1 hari nanti sy dan keluarga dpt jejakkan kaki ke tanah haram ni .. “

” Senyum je rafael ni. Murah rezeki.. “

” Yg tgh tu ! Ger4mnya lahaaaaii .. “

” Eee comelnye budak kecik tuuu.. “

” Aaminn.. Senoga, mendapat umrah, yg mabrur.. “

” Sentiasa senyum.. Sejuk hati tgk raden.. “

Namun ada yang bertanya kenapa tidak membawa dua orang anak tirinya itu. Ini respon Mawar :

Tenang sahaja jawapan Mawar. Tahniah Mawar tidak cepat melent1ng dengan pertanyaan netizen. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat menunaikan umrah kepada Mawar sekeluarga. Semoga segala urusan ketika berada di tanah suci dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur. Diharapkan perjalanan pergi dan balik dengan selamat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mawar Rashid by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..