” Berseri-seri Jihan, bulatnya Altamis 3 bulan dah macam 6 bulan ek.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Jihan Muse Bersama Suami Dan Anak-Anaknya Raih Perhatian Ramai. Wah Makin Berseri Jihan. Baby Altamis Pun Bukan Main Semangat, Chubby Betul !!

Sudah lama tidak mendengar khabar tentang pengacara Jihan Muse. Selepas melahirkan putera keduanya yang diberi nama Ungku Altamis Barr, Jihan lebih selesa mendiamkan diri dan menjalani tempoh berpant4ngnya.

Meninjau akaun Instagram Jihan Muse, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru yang memaparkan Jihan bersama suaminya, Ungku Hariz dan anak-anak mereka, Ungku Arsalan Haq dan Ungku Altamis Barr.

Sedondon memakai baju berwarna kuning, penampilan terkini Jihan ini mencur1 perhatian peminat yang sememangnya merindui Jihan. Cantik betul Jihan dan rona kuning ini membuatkan mereka sekeluarga nampak berseri-seri.

Si kecil Altamis juga membesar dengan sihat dan kelihatan begitu bersemangat tubuhnya. Pada usianya yang telah pun mencecah 3 bulan, Altamis kelihatan begitu chubby dengan pipi paunya itu. Alhamdulillah keluarga kecil Jihan semakin bahagia dengan kehadiran Altamis.

Jom baca perkongsian di bawah :

Setakat ini perkongsian oleh Jihan ini telahpun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen :

” Subnalllah.. comelnya Ibu dan baby ni.. moga adikku jihanmuse dan suami bahagia ke akhir hayat.. Aminn.. “

” So cute, miss you my Jihan. Wah Wah Wah, bestnya jalan-jalan. Petra nak ikut boleh hehe.. “

” Cantiknya Jihan, bulatnya baby Altamis tu. Altamis maksudnya panglima, comelnya baby Jihan ni.. “

” Berseri-seri Jihan, Alhamdulillah family bahagia semoga kekal hingga ke jannah. Rindu sangat nk tengok Jihan.. “

” Yeii baru semalam terpikir mana la baby akak Jihan ni hehe. Hari ni muncul jalan-jalan.. “

” Jihan makin cantik, baby Altamis pun makin b4mbam tu. Comel sangat gebu pipi pau baby Ungku Altamis.. “

” Berseri-seri Jihan, rindu nak tengok Jihan dekat tv. Alhamdulillah, comelnya bulat Altamis, 3 bulan dah macam 6 bulan ek. Cute sangat.. “

Terubat juga kerinduan peminat terhadap Jihan dan semua ternanti-nanti untuk melihat Jihan kembali beraksi di kaca televisyen. Semoga Jihan berbahagia selalu bersama keluarga tersayang dan terus success dalam kerjaya selepas ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jihan Muse

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..