” Aku tak ajar dia cakap orang putih macam gini.. ” – Shaheizy Sam

Video Anak Sulung Shaheizy Sam, Syeriv Samheizy Bercakap Pelat Orang Putih Buat Ramai Terhibur. Part Sam Ajuk Gaya Cakap Syatilla Melvin Tu Memang Kelakar. Sampai Senget-Senget Mulut, Haha !!

Bagi yang mengikuti pelakon berbakat, Shaheizy Sam mahupun isterinya, Syatilla Melvin di akaun Instagram pasti tidak kering gusi dengan pelbagai video kelakar yang dikongsikan oleh Sam dan Syatilla mengenai keluarga mereka.

Terbaru, Sam ada memuatnaik satu video bersama anak sulungnya, Syeriv Samheizy. Dalam video tersebut dua beran4k ini sedang berjalan. Kedengaran Sam telah bertanyakan sesuatu kepada Syeriv dan Syeriv menjawabnya dengan pelat orang putih.

Dalam masa yang sama, Syeriv telah bercakap English bersama Sam. Sam telah menyatakan yang dirinya tidak pernah mengajar Syeriv bercakap seperti itu dan sempat Sam mengajuk cara Syatilla bercakap bersama anak mereka.

Selain itu, di ruangan kapsyen, Sam menyatakan cara pertuturan Syeriv sebenarnya dipengaruhi oleh saluran Youtube. Sehingga kini video tersebut telah menerima lebih 14 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen pula, ramai yang meluahkan rasa terhibur mereka dan memuji cara Syeriv bercakap. Antara komen-komen menarik adalah :

” Dia tahu tak bapak dia dulu mat remp1t cuba belajar english dengan bobby kat stall burger, hahaha.. “

” Hahahhahahhahaa yihhhh family kelakorrrr ni kan memang ada je modal nak bagi org gelak, penat tau gelak.. “

” Hahah same lah anak kite, tak ajar dia cakap omputeh sebab kite sendiri ke laut. Youtube punye pasal lah ni.. “

” Youtube lahh ni. Tp Alhamdulilah dia ckp kt luar, org ramai puji kita pandai didik anak ckp English dr kecik hahaha depa tak tau ni utube puny kirijaaaa.. “

” Ulang banyak kali memang lawak bila dengar Sam cakap ‘Hang jngan nk poy0 na’ Syeriv pun qenyeh, haha.. “

” Senget2 mulut ajuk cara bini cakap, hahahahaha memang satu family kelakar kan. Ni kalau orang tak tahu memang cmfm igt mak dia minah saleh.. “

” MashaAllah mat salih celup anak Sam ni huhu, cute la Syeriv cakap. Nanti besar lagi berhabuk lah cakap mat salih.. “

Comel sungguh Syeriv cakap English, pandai lah Syeriv. Memang sekarang banyak kanak-kanak akan belajar sendiri daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Semoga Syeriv menjadi anak yang baik serta berjaya di masa hadapan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG shaheizy_sam

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..