” Berakhirnya episod perkahwinan saya ini setelah hadirnya wanita Kaabah dalam hidup bekas suami saya.. “

Perkongsian Bekas Isteri Da’i Farhan Selepas DiCer4ikan Menerusi Aplikasi Whatsapp Buat Ramai Tersentuh. Allahu Sebaknya !!

Baru-baru ini kita dikejotkan dengan kontroversi perkahwinan kedua Juara Da’i musim yang kedua iaitu Nik Ahmad Farhan atau lebih dikenali dengan nama Da’i Farhan. Da’i Farhan yang kini merupakan seorang pendakwah bebas telah berkahwin dengan isteri keduanya iaitu seorang janda yang mempunyai anak lapan di Tanah Suci Makkah.

Tindakan Da’i Farhan mendapat kec4man hebat daripda netizen setelah seorang individu yang merupakan kawan baik isteri pertamanya telah mendedahkan perkahwinan keduanya itu di media sosial. Apa yang lebih menyedihkan, isteri pertama, Fatin Nurul Ain kini sedang sarat mengandung anak kedua mereka.

Semalam rakaman suara lafaz cer4i dipercayai milik Da’i Farhan menerusi aplikasi Whatsapp turut tersebar di media sosial. Lafaz itu berbunyi : ” Jadi dengan nama Allah, Bismillahhirahmanirahim, Fatin Nurul Ain Binti Mat Aris, abang cera1kan sayang dengan talak satu.. ”

Tindakan itu sekali lagi menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mengec4m tindakan Da’i Farhan mencer4ikan isteri pertamanya ketika sedang sarat hamil. Menerusi akaun Facebook, pada hari ini Fatin telah memuatnaik entri atau coretannya sehari selepas beliau dilaporkan telah dicer4ikan oleh Da’i Farhan. Perkongsiannya di bawah buat ramai yang sebak.

JANGAN SEGERA MENGHUKUM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.

1. Kita merancang, Allah juga merancang, sebaik-baik perancangan ialah perancangan dari Allah. DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

2. Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan pada diri saya untuk menerima ketentuan dari Allah ini iaitu bahtera rumahtangga yang dibina kerana Allah dan restu ibu bapa pada 19 February 2015 berakhir dengan lafaz talak satu melalui audio aplikasi WhatApps pada 3 December 2019.

3. Saya menerima takdir ini dengan sepenuh hati walaupun secara fitrahnya tiada isteri yang juga bergelar ibu berkehendak perkara ini terjadi lebih-lebih lagi sebelumnya saya menerima kehadiran orang ke-3 dalam hidup keluarga kami.

4. Tulisan saya kali ini bukan untuk menyatakan perasaan saya atau untuk menag1h simpati sesiapa kerana saya sentiasa bergantung harap pada Allah dan keluarga saya yang sentiasa berdiri teguh dibelakang saya. Namun, tulisan kali ini bertujuan untuk mempertahankan maruah saya dan juga keluarga saya bila mana saya didakwa menjadi isteri yang nusyuz.

5. Seorang isteri dikira nusyuz apabila ingk4r atau menderhark4i suaminya tanpa sebab munasabah. Dan seorang suami juga dikira nusyuz apabila melakukan kezal1man terhadap isteri. Justeru, berdasarkan definisi ini, saya ingin nyatakan tiada pun tindakan saya yang boleh mengatakan bahawa saya ini nusyuz.

6. Amat berat untuk saya menerima dakwaan seperti ini begitu juga ahli keluarga yang lain kerana ianya mencem4r maruah seorang wanita.

7. Jika benar ingin menyatakan saya nusyuz eloklah membawa kes dengan mengemukakan tuntutan di Mahkamah Syariah atau Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam bagi mensab1tkan seorang isteri itu nusyuz.

Biarlah pihak berautoriti yang mengadili. Mahkamah akan mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak. Bukan hanya satu pihak membuat dakwaan dan terus membuat hukuman sesuka hati.

8. Untuk makluman, bagi tuntutan sab1tan nusyuz yang difailkam dengan alasan isteri tidak mentaati suami, pihak mahkamah terlebih dahulu akan mengeluarkan perintah kembali taat dalam tempoh yang sesuai kepada pihak isteri.

Jika tempoh masa yang diberikan itu berakhir tetapi isteri masih tidak menuruti perintah mahkamah itu, barulah mahkamah mengistiharkan atau mensabitkan isteri itu nusyuz.

9. Amat mal4ng bagi diri saya, kerana saya menerima hukuman “nusyuz” ini tanpa melalui proses pengadilan yang sepatutnya dan saya terpaksa berhadapan dengan respon masyarakat yang pelbagai.

10. Soal saya dicera1kan, itu bukanlah perkara yang ingin saya fokuskan kerana sudah takdir jodoh kami sampai di sini. Namun, saya berharap dengan tulisan saya ini dapat sedikit sebanyak mengubati hati keluarga saya yang tidak mampu melihat anak atau kakak mereka dimalukan dengan dakwaan berat (nusyuz) ini sehingga dicera1kan tanpa bertentang mata dan melalui saluran mahkamah yang sepatutnya.

11. Berkenaan report polis yang dibuat oleh saya atas nasihat ahli keluarga biarlah pihak polis yang menguruskannya. Segala laporan tersebut saya sendiri yang menyatakannya kerana sayalah orang yang mengalami dan melaluinya.

Merasa diri teranc4m dan perasaan tak0t serta rasa selamat telah hilang menyebabkan saya menerima saranan dari keluarga untuk membuat laporan polis. Laporan tersebut bukan untuk menghukum tetapi untuk keselamatan diri saya.

12. Saya sedar, keadaan berlaku ini banyak mencal4r imej saya dan bekas suami serta ahli keluarga. Namun, kami perlu menerimanya sebagai ujian dari Allah ini. Siapakah yang berkehendak untuk menjadi perhatian masyarakat dalam hal seperti ini.

Apa yang telah berlaku, biarkanlah berlalu dan yang akan datang itulah perkara yang perlu saya fokuskan kerana hidup saya tidak berakhir dengan berakhirnya episod perkahwinan saya ini setelah hadirnya wanita kaabah dalam hidup bekas suami saya. Saya doakan semoga mereka berbahagia selamanya.

13. Bekas suami saya adalah walid kepada anak saya. Saya mohon janganlah dia1bkan atau diperlakukan sama ada melalui perkataan atau apa tindakan sekali pun yang boleh mencem4r imej seorang ayah pada anak saya.

Biarlah pihak keluarga kami uruskan dengan tenang tanpa mendapat perhatian media dan dari semua pihak. Bagi kami masa untuk menyelesaikannya dengan cara yang baik.

14. Kes yang berlaku ini, tidaklah menghilangkan kebaikan bekas suami saya sebelum ini. Saya tidak mahu membur0kkan atau menyalahkan sesiapa. Hal berlaku ini adalah ujian buat diri saya dan keluarga saya. InshaaAllah kami akan harungi dengan bergantung penuh pengharapan kepada Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengasihi.

15. Nasihat saya buat para isteri di luar sana, peliharalah keluarga kita dengan berbekalkan iman dan taqwa. Hanya dengan berbekalkan iman dan taqwa Allah akan memelihara bahtera rumahtangga kita agar sentiasa berada dalam keadaan mawaddah, sakinah dan saadah. Mungkin ujian saya hadapi ini untuk saya fokus mengkuhkan iman dan taqwa dalam diri saya.

16. Ambillah kisah saya ini untuk dijadikan pengajaran bukan untuk diser4ng atau dih1na dan sebagainya. Hanya pada Allah saya bertawakal dan inshaaAllah akan terus berusaha mempertahankan hak saya.

Yang Benar, (Fatin Nurul Ain ), 4 December 2019

Rata-rata netizen memberikan kata semangat buat Fatin agar terus kuat. Antara komen-komen netizen :

” Bagusnya akak fatin. Masih memelihara maruah bekas suami.. Smoga kak fatin kuat.. “

” Bangkit dan teruskan kehidupan.. jgn toleh ke belakang lagi.. usah lg mngharap pd yg tak sudi.. fokus pd anak, keluarga juga kerjaya.. “

” Semoga fatin terus kuat.. Allah ada dengan kita… berat mata memandang, berat lagi bahu yg mem1kul… sy doakan fatin sentiasa tabah dan redha.. “

” Moga tabah sesungguhnya janji Allah x pernah salah… yg baik pasti untuk yg terbaik… moga Ada jodoh yg lbih baik lg d Masa akan datang… buka pintu hati dgn ikhlas pada aturan Allah.. “

” Semoga kak tabah menghadapi ujian dari Allah.. Semoga akak sentiasa kuat… In sya Allah.. “

” MasyaAllah tabah nya fatin moga dipermudahkan urusan dan berserah pada Allah ada hikmah disetiap ujian ygg Allah bagi. ALLAH sahaja dpt menghukum.. “

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memik0l. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Fatin tabah dan sabar dengan ujian Allah ini. Semoga Fatin diberi ketenangan hidup agar dapat melalui hari-hari yang mendatang dengan kehidupan yang sempurna. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : Facebook Fnama Fatin, IG Da’i Farhan by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..