” Belum makeup pun dah macam Lofa.. ” – Netizen
Video Hawa Rizwana Tanpa Sebarang Solekan Raih Perhatian Ramai Peminat. Wah, Belum Makeup Pun Dah Cantik. Bila Dah Makeup Double Cantik. Memang Iras Sangat Neelofa !!
Meninjau ke akaun Instagram YnaSakinah yang merupakan seorang jurusolek professional, perkongsian video solekan wajah Hawa Rizwana telah meraih perhatian ramai. Ini kerana Hawa kelihatan cantik walaupun wajahnya tidak bersolek di awal video.
Hawa sememangnya mendapat jolokan kembar Neelofa kerana wajahnya yang seiras dengan selebriti tersebut. Namun ramai tidak menyangkakan bahawa wajah Hawa tanpa sebarang solekan juga tetap seiras dengan Neelofa.
Solekan Hawa ini adalah untuk majlis konvokesyen Hawa tempoh hari. Hasil solekan daripada jurusolek ini tidak pernah mengecewakan dan nampak sangat berseri Hawa di majlis konvokesyennya yang diadakan di UITM.
Di Instagram Hawa juga turut dikongsikan beberapa gambar ketika majlis konvokesyennya. Hawa sangat cantik dengan mengenakan baju kurung moden berwarna ungu dan juga sedondon dengan warna tudung Hawa.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian di Instagram Hawa :
Ramai yang memuji wajah Hawa tetap cantik walaupun tanpa secalit solekan. Antara komen-komen yang diberikan :
” Cantiknya.. love the graduation look. macam muka lofa lah masa muda muda.. Congrats Hawa semoga terus sukses anak muda.. “
” Love, cantik g1la.. sentiasa cantik dia ni.. tahniah hawa.. semoga terus berjaya dan terus suksess dalam kerjaya.. “
” Cantiknya, lepas makeup terus jadi muka lofa.. hope always happy with life Hawa.. tahniah hawa yang cantik.. “
” Kanapa macam neelofa.. belum makeup pun dah macam lofa.. Alhamdulillah… tahniah hawarizwana… semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.. “
” Tak makeup pun dh cantik.. makeup lg double²cantik.. lawa sangat.. cantiknya tak make up..
” Ingatkan neelofa tadi, cantik.. cantik sangat ni.. terbaiklah ynasakinah.. Tahniah hawa..semoga dipermudahkan segala urusan.. “
” Cantiknya yana makeup.. mirip bahh dengn neelofa .. suka tngok melet0p kalu hawa ada .. hawa ni mmg kembar lofa.. “
Tahniah diucapkan kepada Hawa Rizwana atas kejayaan yang diperolehi dan berjaya menamatkan pelajaran di peringkat tinggi. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin buat Hawa untuk terus berjaya dalam kehidupan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG YnaSakinah, Hawa Rizwana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..