” Bella dengan Naim nampak sesuai.. “
Terima Komen Netizen Apabila Kongsi Gambar Bersama Naim Daniel. Ini Respon Bella Astillah Yang Memang Padu..
Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah binti Awang Astillah merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari Sandakan, Sabah. Bella mula menyanyi sejak kecil lagi. Dahulunya, Bella menyanyi lagu kanak-kanak bersama adiknya, Didi Astillah.
Bella sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi dari Singapura iaitu Aliff Aziz. Namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama 3 tahun sahaja. Mereka telah bercera1 pada 16 Mei 2019 setelah beberapa kontr0versi Aliff Aziz menjadi vir4l di media sosial.
Perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean. Bella kini kembali aktif dalam bidang lakonan dan antara drama yang mel0njakkan kembali namanya ialah drama bersiri Cinta Belum Tamat Tempoh di mana Bella memegang watak sebagai Qaisara.
Menerusi akaun Instagram, Bella berkongsi gambarnya bersama Naim Daniel bersama kapsyen mengucapkan tahniah kepada Naim kerana telah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke 34. Bella turut memuji sikap Naim yang begitu baik dan menghormati orang tua.
” Congratulations @naimdanielx Talented, humble and kind. 1 thing about Naim, tak pernah berubah dari kecil sampai lah dah bujang sekarang attitude tetap sama. Sangat baik dan hormat orang tua.. “
” Kalau jumpa Bella salam and mesti akan tanya mana mama ayah even tho ayah jauh kat dalam kereta dia pergi juga sebab nak salam. MashaAllah didikan dari keluarga yg baik. Your parents must be proud of you! Like everyone else do.. “
Rata-rata netizen menyatakan Bella dan Naim sepadan untuk dijodohkan. Antara komen-komen mereka :
” Sesuai juga.. “
” Manatau jodoh.. sama padan “
” Woo. thats really a good attitude ! “
” 3 tahun je beza boleh2 dh tu… Bende yg Baik jgn ditunggu2.. “
” Nah secocok padan sangat2 ni.. “
” Nampak sweet plaK Bella dn Naim so masuklh meminang Bella.. “
Namun terdapat satu komen yang telah dibalas oleh Bella :
Untuk pengetahuan, usia Bella lebih tua daripada Naim dan disebabkan itu Bella menganggap Naim sebagai adiknya. Namun pada zaman sekarang usia bukan lagi penghalang. Betul tak ? Tahniah diucapkan kepada Naim Daniel atas kemenangan yang dirangkul dalam Anugerah Juara Lagu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah, Naim Daniel by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..