” Terima kasih Allah bagi kami 14 minggu bersama.. “

Fizz Fairuz Kongsi Berita Duk4, Isterinya, Almy Nadia Kegug0ran. Semoga Fizz Sekeluarga Tabah Dengan Ketentuan Illahi. Syurga Buatmu Anak.

Sebelum ini, pelakon lelaki tanah air, iaitu, Datuk Fizz Fairuz telah berkongsi berita gembira pada penutup tahun 2019, bahawa isteri kesayangan beliau, Datin Almy Nadia disahkan hamil. Berita tersebut dikongsikan menerusi laman media sosial iaitu Instagram milik beliau.

Fizz mendirikan rumah tangga bersama pelakon Almy Nadia atau nama sebenarnya, Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah pada 26 April 2014 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu, Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra yang kini berusia setahun dan seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 11.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz bin Zainal Abidin telah memulakan kerjaya awal sebagai pelagak ngeri, kemudiannya memulakan kerjaya lakonan profesional dengan Dua Hati. Nama beliau mula dikenali selepas memegang watak Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih gandingan bersama Tiz Zaqyah.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram, Fizz telah berkongsi berita duk4 kepada orang ramai bahawa isterinya, Almy baru sahaja kegugur4n. Turut diberitahu, kandungan Almy sekarang sudah berusia 14 minggu. Fizz juga berkata beliau redha dengan ketentuan Illahi.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

” AL FATIHAH.. Terima kasih Allah bg kami 14mggu bersama baby ke4 saya dan @almynadiaofficial .. Allah lebih sayangkan kami anakku.. Papa redha.. Papa taknk nangis, sebab papa kuat.. Amin.. Semoga Allah jaga kamu ye anakku.. Al fatihah.. “

Rata-rata netizen turut bersimpati dan turut mengucapkan ucapan takziah kepada Fizz Fairuz dan isterinya, Almy Nadia. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Sedihnya.. Al fatihah.. Dug4an.. Sabar yea.. Abglang @fizzfairuzofficial kaklang @almynadiaofficial .. “

” Allahuakbar Salam takziah Dato.. “

” Innalillahi wainna ilaihi raji’un.. Beruntungnya kalian, anak syurga menunggu di pintu syurga.. “

” Anak kamu menanti kamu dan Almy di pintu Syurga.. In Sya Allah… “

” Allahu…Al-Fatihah.. Insya Allah Baby tunggu Papa/Mama di syurga. Stay strong @fizzfairuzofficial @almynadiaofficial.. “

” Innalillahiwainna ilaihi rajiun. Semoga tabah dan sabar dengan ujian.. “

” Allah.. Innalillahiwainnalillahirrojiun. Semoga abang , kak almy dan keluarga diberikan kekuatan . In sha Allah jumpa di syurga.. “

Allah… Sed1hnya.. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Fizz dan Almy tabah dan sabar dengan ketentuan ini. Semoga kalian juga sentiasa kuat dan insyaallah, anak itu sudah pasti menanti kalian di pintu syurga. Amin. Salam takizah buat seluruh ahli keluarga Fizz. Al-Fatihah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizz Fairuz, Almy Nadia by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..