” Baru nak feeling popular kan. Alih-alih makcik tu tak kenal. Hahaha.. “

Noorkhiriah Berkongsi Kisahnya Yang Terlebih Ramah Yang Menggeletek Hati Netizen. Adoi, Nasib Baik Pandai Cover Malu !!

Noorkhiriah binti Ahmad Shapie merupaka pelakon dan pelawak terkenal yang banyak membintangi drama TV sejak tahun 1999 lagi. Beliau pernah memenangi sebanyak 3 kali berturut-turut untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular di Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Nama Khiriah mula mel0njak naik sejak beliau membintangi drama bersiri Nur. Selain drama TV, Noorkhiriah turut berlakon dalam beberapa buah filem. Antaranya ialah Papadom, Papadom 2, Gubra, Sy4itan, Sus0k dan Los Dan Faun. Noorkhiriah sering membawa watak komedi di dalam drama TV dan filem yang dibintanginya.

Noorkhiriah telah berkahwin dengan Azfaizul Ahtan pada 11 November 2006. Perkahwinan mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff. Noorkhiriah antara pelakon yang boleh membuat lawak secara spontan.

Menerusi akaun Instagram, Noor Khiriah berkongsi kisahnya yang terlebih ramah. Menurut Khiriah, beliau disapa oleh seorang makcik. Lalu beliau pun terus lah bersalaman dan beramah-mesra. Namun secara tiba-tiba beliau ditanya soalan yang tidak disangkakan. Perkongsian kisahnya ini begitu menghiburkan netizen.

Tonton video di bawah :

” Ko ingat ko Mira Piljah #padanmuka #feelingfemestajukalbum #mirapijat “

Rata-rata netizen tertawa dan terhibur mendengar cerita tersebut. Antara komen-komen mereka :

” Nampak sgt mak cik tu x layan drama2 ni… hehehhehe….. “

” Adoiiiihahahah.. Siapa tu kak.. Kami dgr je Suara kak dah kenal siapa. Hehehe.. “

” Tak pe lah kak, InsyaAllah dapat pahala, Nabi pun suh kita sebarkan salam.. “

” X pelah.. Eratkan silaturahim… Kita hidup x yah sombong.. Kann awak mmg sempoi… “

” Dia punya krik krik tu yg lawak.. “

” Hahaha adoii kak lawakla.. Xpala ramah bgs akk.. “

” Susah ek jd retis ni, x senyum kate sombong, dh elok bersalam, dia tanya plak siapa.. Sian akak.. “

” Hahaha baru nak feeling popular kan.. Alih2 makcik tu tak kenal. Mesti makcik tak tengok Nur.. “

Kelakar juga cerita Khiriah ni. Kalau admin tak tahu nak sorok muka di mana lagi. Tapi tidak salah kalau terlebih ramah kerana ia boleh mengeratkan silatulrahim dan dapat berkenalan dengan lebih ramai orang. Mungkin kerana makcik itu tidak perasan akan Khiriah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Noor Khiriah by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..