” Comey s0kmo mira ni aihhh.. “

Mira Filzah K0ngsi Vide0 Menyanyi Lagu Hindustan Kat Ladang Bunga. Amb0i !! Feeling Jadi Kajol Ka Tue ?? 

Nur Amirah Filzah binti Badioezaman atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah merupakan seorang pelakon, model, pengacara dan usahawan wanita di Malaysia. Dilahirkan pada 2 April 1993 dan kini berusia 26 tahun. Beliau juga merupakan graduan jurusan Perniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Antara drama yang terkenal lakonan beliau adalah, Eksperimen Cinta (2015), Cinta Si Wedding Planner (2016), Pujaan Hati Kanda (2018-2019), Lelaki Kiriman Tuhan (2018-2019) dan Sweet Dreams (2019). Selain daripada itu, filem lakonan beliau juga termasuk Rise: Ini Kalilah (2018) dan Sangkar (2019).

Mira Filzah juga pernah memenangi Anugerah Melet0p Era tahun 2016 sebagai Artis Baharu Melet0p dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke- 29 sebagai Artis Baharu Wanita Popular. Diluar kerjaya lakonan, Mira juga seorang usahawan yang berjaya. Beliau juga merupakan pengasas produk kecantikan Mora Essential by Mira Filzah.

Menerusi Instagram, Mira Filzah yang kini sedang berada di negara Taiwan turut berkongsi pemandangan disana yang begitu cantik. Antara tempat yang dilawati oleh Mira Filzah adalah Chung She Flower Garden. Mira Filzah juga trut berkesempatan menghayati keindahan tempat tersebut dengan membuat video.

Baca perkongsian Mira Filzah dibawah :

” A daily dose of daydreaming heals the heart, soothes the soul and strengthens the imaginations. Lol! Everything was random and unplanned. Location shooting cantik, haa sempat lah sho0t video! .. Video by @harizayiz .. “

” Ho Gaya Hai Tujhko – Dilwale Dulhania Le Jayenge.. “

” Chung She Flower Garden, Taichung, Taiwan.. “

” #salamtaiwan ,#timefortaiwan.. “

Rata-rata peminat telah  memberikan komen pada video tersebut. Antara komen-komen tersebut :

” Ingat part yg hero nyanyi tu akan ada hero muncul.. cantiknya miraaaaa!.. “

” Omg so pretty I likeee.. “

” Kena ad psgn utk lgu ni bru onzzzzz.. “

” Awat lah cute sgt haishh.. “

” Comey sokmo mira ni aihhh.. Cantek view.. Semek industan plok doh.. “

” Cntiknye.. Ratu miming.. Love sgt mira.. Bile la dpt tgk buat video cmni dgn ben hahaha.. “

Alahai.. Cantiknya Mira Filzah. Feeling jadi Kajol ke tu ? Kajol pun tak apa.. Kajol made in Malaysia punya versi. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Mira Filzah dalam bidang lakonan, sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Mira Filzah by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..