” Bakal menantu pun sopan dan sweet.. ” – Netizen

Muatnaik Video Majlis Pertunangan Anak, Penampilan Datin Seri Umie Aida Dan Majlis Yang Serba Ringkas Dipuji Oleh Netizen. Wahhh Berseri-Seri Umie Nak Dapat Menantu, Bakal Menantu Pun Manis Sangat Orangnya !!

Semalam telah berlangsung majlis pertunangan anak sulung Datin Seri Umie Aida iaitu Mohd Danial Firdaus. Danial telah mengik4t tali pertunangan dengan gadis pilihan hatinya yang dikenali sebagai Haniz. Umie berkongsi detik bahagia bakal menerima menantu di laman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, beliau memuatnaik sebuah video yang menyaksikan beliau menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya itu. Majlis tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak.

Umie telah berkongsi rasa keterujaannya menerima bakal menantu di kapsyen Instagram miliknya dan beliau tidak menyangka bahawa anaknya kini sudah dewasa serta bakal memikul tanggungjawab yang lebih besar selepas ini. Tahniah Umie Aida !

Dua buah video telah dikongsikan di akaun Instagram Umie telah mendapat pujian daripada netizen kerana majlis yang begitu ringkas tanpa sebarang pelamin. Penampilan Umie yang cantik dan menawan juga turut menarik perhatian ramai.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memuji kesederhaan majlis mereka. Antara komen-komen netizen :

” Suka tengok penuh kesederhanaan. Bakal menantu pun sopan dan sweet.. ”

” Bertuah btol dpt jd menantu kak Umie.. tk bole byngkan brp seronok nye.. “

” Saya respect dgn keluarga ni…. Simple je majlis pertunangan anaknya…. Pada hal lebih dari tu dia boleh adakan.. “

” Lahaiii.. Dah besar dah anak umi. Umi tu yag nampak muda sangat.. “

” Semoga dipermudahkan urusan Umie dan keluarga.. Tahniah dpt menantu.. “

” Cantik both of you. Nampak sama baya umie dan bakal menantu.. “

” Cantik menantu.. nmpak lembut.. “

Wah, nampak Umie dan bakal menantu macam lebih kurang sebaya jer. Awet muda sungguh Umie ni. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Umie Aida dan suami atas pertunangan anak sulung mereka. Semoga dipermudahkan segala urusan hingga ke langkah seterusnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Umie Aida

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..