” Wahhh cutenya princess. Baby muka mommy.. ” – Netizen

Mia Ahmad Kongsi Ucapan Selamat Hari Bapa Istimewa Untuk Suami, Bapa Dan Bapa Mertuanya Namun Wajah Anak Keduanya Yang Baru Lahir Jadi Tumpuan. Alahai Comelnya Baby, Macam Mommy Mia !!

Beberapa hari yang lalu, telah dimaklumkan oleh Izham Tarmizi iaitu suami kepada pelakon Mia Ahmad tentang kelahiran cahayamata kedua mereka. Pasangan ini yang hanya memaklumkan jantina bayi mereka setelah kelahiran iaitu bayi perempuan.

Menyambutnya dengan penuh kegembiraan, kelahiran cahayamata ini menambahkan lagi keceriaan dan kebahagiaan Mia sekeluarga. Menjadi pelengkap keluarga mereka, peminat ternanti-nanti perkembangan Mia dan puterinya ini.

Berkongsikan satu video, hanya menampakkan si comel ini kelihatan terbaring di atas katil dengan bilik yang dihias berwarna merah jambu sempena menyambut kepulangannya ke rumah. Sempena hari bapa yang disambut seluruh negara, Mia juga tidak ketinggalan berkongsikan ucapan itu untuk lelaki-lelaki istimewa dalam hidupnya ini.

Menerusi akaun Instagram, Mia Ahmad berkongsikan beberapa gambar bersama ucapan Selamat Hari Bapa istimewa buat suaminya Izham, ayahnya dan juga ayah mertua tersayang. Namun apa yang menjadi perhatian adalah wajah puterinya yang dipangkuan oleh Izham.

Jom baca perkongsian di bawah:

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian ini mendapat perhatian ramai netizen. Antara komen-komen mereka:

” Baby muka mommy sweetheart. Selamat berpantang mommy sweetheart my idol.. “

” Wahhh comel cutenya princess. Semoga jadi anak anak soleha dan solehah Amin.. “

” Congratulations mia ahmad. Comelnya baby masya Allah.. “

” Issa handsem baby comel. Semoga Jadi Anak-anak Soleh Dan Solehah.. “

Walaupun dari pandangan sisi, sudah hampir jelas kelihatan wajah si puteri kesayangan Mia ini. Nampak kemerah-merahan wajahnya pasti putih dan cantik seperti ibunya ini. Apa pun, tahniah sekali lagi atas kelahiran cahaya mata kedua ini. Semoga Mia sentiasa berbahagia bersama keluarga tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mia Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..