” Bagus Mira masih kekalkan adat khatam Alquran sebelum majlis nikah.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Sekitar Majlis Khatam Al-Quran Mira Filzah Dan Adiknya Aina Fadhilah Yang Meriah. Cantiknya Bakal Pengantin, Berseri-Seri !!
Umum mengetahui pelakon kesayangan ramai, Mira Filzah bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama jejaka bernama Wan Emir Astar. Kisah percintaan mereka mula menjadi perhatian peminat setelah terseb4rnya foto mesra mereka sama-sama hadir ke resepsi pelakon Farah Nabilah.
Mira yang turut mengakui sudah bergelar tunang kepada Emir dan sekarang dalam proses persediaan untuk majlis pernikahan mereka. Belum diumumkan bila tarikhnya namun difahamkan bakal ada beberapa majlis resepsi yang bakal diadakan nanti.
Mira yang semakin berseri-seri sejak bergelar tunang ini kebelakangan ini sering menjadi bahan us1kan peminat. Baru beberapa hari lepas terseb4r video Mira dan Emir bersama. Di dalam video tersebut, gaya pandangan Emir memandang Mira bercakap membuat ramai peminat teruja melihatnya.
Terbaru, menerusi akaun Instagram Wanemirafilzah ( kelab peminat Mira dan Emir ), telah dikongsikan video yang memperlihatkan suasana dan kegembiraan Mira bersama adiknya Aina dalam majlis khatam Al-quran mereka. Mereka yang berpakaian sedondon kelihatan ceria sekali terutamanya Mira.
Jom tonton video di bawah :
Video majlis bermula dan turut kelihatan Ustazah Asni Mansor mengetuai majlis tersebut.
Wajah ceria dan berseri-seri Mira ini menarik perhatian peminat. Wah bakal pengantin ni semakin cantik la. Antara komen-komen mereka :
” Ha mcm tu la nk jadi bakal pengantin tak lama lagi.. “
” Bagus Mira masih kekalkan adat khatam Alquran sebelum majlis nikah.. “
” Alhamdulillah , berseri2 muka bakal pengantin.. “
” Subhnallah hebat mira dan aina khatam al quran.. “
” Semoga semua berjalan dgn lancar.. aamin.. “
” Bestnyer qhatam quran pon cantik. So sweet Alhamdulillah.. “
” Mira & Aina kawin serentak ke… wahh untung tn. Hj. Badio & isteri dpt 2 menantu sekali gus.. “
Antara gambar lain yang dikongsikan ketika majlis berlangsung :
Indahnya melihat Mira di pelamin khas bersama adiknya itu. Mira yang awalnya berwajah ceria dilihat menitiskan airmata buat peminat tersent0h hati. Apa pun, majlis khatam quran Mira dan Aina sudahpun selesai. Semoga perjalanan mereka untuk ke jinjang pelamin dipermudahkan. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Wanemirafilzah, IG Mira Filzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..