” Baby Fateema nampak macam muka baba dia la.. ” – Netizen

Isteri Saharul Ridzwan, Deena Emir Kongsi Gambar Bersama Confinement Lady  Namun Wajah Anaknya, Fateema Azzahra Jadi Tumpuan. Alahai Comelnya, Sebijik Baba La !! 

Pelakon kacak Saharul Ridzwan dan isterinya Deena Emir baru sahaja menyambut kelahiran cahayamata kedua mereka 13 Jun yang lalu. Diberi nama Fateema Azzahra, kini sudah 44 hari usianya. Pasangan ini juga mempunyai seorang anak lelaki sulung bernama Muhammad Luth Ali.

Tentu peminat masih ingat perkongsian daripada Deena ketika detik bersalinnya bulan lalu. Mereka yang tidak pernah tahu jantina Fateema sejak dari awal kandungan sehinggalah ke dewan bersalin. Alhamdulillah permintaan Saharul untuk mendapat anak perempuan dimakbulkan Allah.

Jika lihat anaknya Ali, wajahnya comel dan mirip Deena. Ali juga sudah banyak kerenahnya dan dia juga antara yang teruja apabila dapat melihat wajah adik Fateemanya ini. Peminat ternanti-nanti untuk melihat wajah anak kedua Saharul dan Deena ini.

Menerusi akaun Instagram Deena Emir, telah dikongsikan sekeping gambar Deena bersama Ali, Fateema dan confinement lady dipanggil Kak Yah. Deena yang menggunakan khidmatnya sejak awal bersalin bulan lalu kini tamat sudah perkhidmatanya. Apa yang menjadi perhatian adalah wajah si comel Fateema itu.

Jom baca perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

Alhamdulillah tamat sudah khidmat CL Kak Yah dengan Deena & baby Fateema. Deena sambung sendiri je pantang sampai 100 hari pulak. Sedih sangat sebab dah terbiasa everyday bangun 7 pagi ada Kak Yah jaga & uruskan semua sampai laaa malam selama 44 hari. MasyaAllah rezeki sangat dapat CL yang sangat baik, tak berkira, rajin, pembersih, ramah, masak sedap. Doa Deena semoga Kak Yah diberi kesihatan yang baik, urusan hidup Kak Yah dipermudahkanNya, panjang umur jumpa lagi kita. Terima kasih juga pada big bos @inai_confinement, Puan Zahra. Mudahkan urusan Deena sepanjang berpantang, Deena requests macam macam Puan Zahra layankan je tak berkira pun. CL Kak Yah pun puji bos dia baik hati 😊❤️ InShaaAllah ada rezeki next baby kita cari @inai_confinement lagi ye hihi 🙊

A post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on

Wajah comel Fateema dan penampilan Deena selepas berpantang ini menarik perhatian ramai. Antara komen-komen :

” Comelnya baby, bambam betul. Sedap pel0k ni.. “

” Muka baby fateema senyum je. Serasi sgt nampak tu.. “

” Ala fateema senyum. Rinduu laa , bambamnya dia.. “

” The cheeky abang, the happy adik and the already slim mummy.. “

” Aduhaiii bby comelll sangt, sihat sangat dia.. “

” MasyaAllah.. Comey fateema seiras wajah babanya.. “

” Comel dan cute baby Fateema. Bambam nya bukan main lagi fateema ye.. “

” Baby Fateema macam muka baba dia la. Comel sangat senyum tu.. “

Alahai putih macam abang Ali juga Fateema ni. Badan chubby dan pipi tembam tu buat siapa tengok jadi ger4m ni. Apa pun, tahniah buat Deena sudah selesai pantang 44 harinya. Semoga bertenaga dan sihat selalu, dan buat baby Fateema, semoga membesar menjadi anak yang solehah buat ummi dan baba. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Deena Emir, IG Saharul Ridzwan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..