” Azal oh Azal.. Cakap Allah bagi ibu cuti.. “

Reaksi Azal Bila Ibunya, Zarina Zainuddin Tidak Boleh Solat Kerana Uzur Buat Ramai Terhibur. Alahai Azal, Kelakar Sungguh !!

Pelakon airmata Zarina Zainuddin bukanlah nama asing di dalam dunia seni hiburan. Beliau yang dilahirkan pada 24 Disember 1970 merupakan anak kelahiran Bota Perak. Nama Zarina mula dikenali setelah percubaannya dalam pertandingan pencarian wajah majalah membuahkan hasil apabila berjaya mendapat tempat ketiga.

Pada tahun 1993, beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Dato’ Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar. Pasangan ini mempunyai empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).

Umum mengetahui Azal dan Azil adalah anak aut1sme. Azal dan Azil keduanya mempunyai karektor yang berbeza. Azal pandai dan bijak berdikari serta sering membantu Zarina menguruskan perniagaan makanan pulut kuning mereka.

Menerusi akaun Instagram, Zarina telah berkongsikan sekeping gambar anak istimewanya Azal sedang solat. Walaupun tidak sesempurna insan lain namun Azal bijak dan bertanggungjawab. Ditambah dengan kasyen Zarina yang mencuit hati sesiapa sahaja membacanya.

Jom baca kapsyen di bawah :

” Azal ni walau anak aut1sm tapi dia tahu solat tu wajib .. Allhamdulillah anak-anak saya semua dah solat kecuali azil kadang dia ikut ikut solat pastu lari tepi tengok tv .. “

” Azil saya tak paks4 dia solat tapi azal saya tetap suruh dia buat cuma bila time time uzur macam ni saya kena terangkan elok-elok bagitahu yang perempuan akan ada uzur sebulan sekali kadang kadang 3 minggu sekali bergantung pada seseorang … “

” Tapi jawapan azal bila saya uzur ibu ni asik period jer makan ubat la jangan bagi keluar period.. Tunggu laa azal tak lama lagi ibu monop0us jugak.. “

Rata-rata netizen terharu dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Azal oh Azal.. Cakap Allah bagi ibu cuti.. “

” Gel1 hati kadang dengan azal ni.. Tapi die sememang anak yang baik….. “

” Alhamdulilah.. Semoga Azal dan azil jadi anak yang soleh.. “

” Alhamdulillah Datin mau dia solat. Anak yang normal pon tak mau solat. Allah memang baik. InshaAllah Azal dan azil asbab datin dapat kesyurga. Tang suh makan ubat tu.. “

” Pandai Azal. Ibu makan ubat.. “

” Azal-azal hehe mujur la ibu awak penyabar… Ayat last kak Ina tu hehe Sabo jela.. “

Bagus betul Azal ni. Memang malu la orang yang sempurna dengan kecerdikan akal dan ingatannya pada Pencipta. Bukan semua orang mampu mendidik anak istimewa dengan penuh kesabaran. Tahniah Zarina kerana memberi inspirasi dan sunt1kan semangat bagi pasangan yang memiliki anak aut1sme.

Kami di Berita Kopak mendoakan Azal sentiasa menjadi anak yang baik buat ibunya sampai ke akhir hay4t. Moga Allah kurniakan Zarina setinggi-tinggi ganjaran kerana menjaga anak syurga ini dengan sempurna ajaran agamanya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zarina zainuddin by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan