” Hari ni aku kejar waktu nak solat tapi Allah missed kan flight aku.. “

Erma Fatima Kongsi Videonya Dan Anak-Anaknya Tertinggal Kapal Terbang Untuk Menunaikan Umrah. Bersabarlah Erma !!

Erma Fatima merupakan seorang  pelakon, pengarah filem, penerbit, dan penulis skrip Malaysia. Beliau pernah memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Hati Bukan Kristal di Festival Filem Malaysia ke-9 dan filem Femina di Festival Filem Malaysia ke-11.

Erma merupakan kakak kepada pelakon Umi Aida dan Betty Rahmad. Erma pernah berkahwin dengan pengarah filem terkenal, Bade Hj. Azmi pada 30 November 1991 dan memiliki lima orang anak angkat. Pada 19 Ogos 2017, pasangan ini bercer4i secara rasmi.

Beliau banyak mengarahkan drama dan filem. Setakat ini, beliau meraih empat anugerah Festival Filem Malaysia (FFM), tiga Anugerah Skrin dan satu Anugerah Profima. Erma sememangnya seorang pengarah filem dan drama yang berbakat.

Menerusi akaun Instagram, Erma berkongsi videonya bersama anak-anak di KLIA. Beliau dan anak-anak akan pergi menunaikan umrah namun perkara yang tidak disangkakan berlaku. Beliau dan anak-anak terlepas kapal terbang gara-gara menunaikan solat sebelum berlepas.

Tonton video di bawah :

” Kali ni pi umrah aku siap packing awal sbb bwk 2 anak aku ni. Sampai airport check in settle by 2.30. Kami masuk lounge dan tanya sempat lg tk nk solat? Org kaunter tu jawab sempat 10 minit. Kami pun solat.. hbs solat terus ke gate. Takde singgah mana pun.. “

” Kami sampai 3.10 minit. Gate tutup depa kata dia org tengah nk keluarkan bag ku. Flight 3.25ptg. Nak menangis rasanya.. mata anak2 aku dah merah. Yg pertama masuk dlm kepala aku adalah selama ini aku byk melengahkn waktu solat.. “

” Tapi hari ni aku kejar waktu nk solat tapi Allah missed kn flight aku. Aku redha  CUMA nk tanya kenapa org kt kaunter lounge penerbangan kata SEMPAT kononnya ?????? “

Rata-rata netizen mendoakan agar urusan Erma dan anak-anak dipermudahkan. Antara komen-komen mereka :

” Ujian2 bertabahla sist.. semoga dpermudahkan yaaa.. “

” Allah… insya Allah Ada hikmahnya… tpi serious sedih kak,sabaq na… “

” Semoga dipermudahkan segala urusan… aamiin…. “

” Semoga Allah permudahkan .. “

” Ujian ke rumah Allah.. Tentu byk yg manis Allah sediakan dan permudahkan utk akk dan anak .. “

” Sian Kak erma. Moga ada jalan nak ke sana juga dan mendapat umrah mabrur.. “

” Alhamdulillah semoga Allah permudahkan. Amin… “

Bersabarlah Erma. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga urusan Erma Fatima serta anak-anak dipermudahkan untuk menuju ke rumah Allah dan mendapat umrah mabrur. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erma Fatima by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..