” Ayash ikut azan, bila Ayash dengar azan pasti dia macam tu.. ” – Amy Salmi
Video Reaksi Anak Shuib Sepahtu, Ayash Affan Ketika Mendengar Bunyi Azan Raih Perhatian Peminat. Pandai Ayash Ikut Azan, Siap Tangan Letak Dekat Telinga Lagi. Comel Je Suara Ayash !!
Sebagaimana yang diketahui oleh semua peminat keluarga Shuib Sepahtu, anak bongsunya bernama Ayash Affan kini berada di bawah jagaan ibu Shuib, Salamiah Jalani atau mesra dipanggil dengan nama Mama Salmi. Banyak perkongsian tentang Ayash dimuatnaik oleh Mama Salmi di akaun media sosial miliknya.
Meninjau akaun Instagram Amy Salmi, telah dikongsikan satu video terbaru Ayash yang memaparkan gelagat Ayash ketika sedang makan di luar. Pada ketika itu, kedengaran suara azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat fardhu Isyak.
Ekspresi wajah Ayash yang comel itu menarik perhatian ramai. Sebaik sahaja mendengar azan, Ayash memandang ke arah kanan dan kirinya. Kata mama Salmi, ini yang akan dilakukan oleh Ayash setiap kali mendengar azan.
Ayash turut sama mengikut azan yang didengarnya sambil tangannya diletakkan di telinga. Alahai Ayash, comel sungguh cara Ayash azan itu. Kecil lagi sudah pandai hendak azan ye Ayash. Mesti suara Ayash pun sedap dan merdu seperti arw4h ibu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Mama Salmi ini telahpun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan :
” Allahuakbar. Alhamdulillah… anak kecil lahirnya suci bersih. Doanya tiada hijab. Terima kasih puan krn menjaga, menyayangi dan mendidik Ayash Affan dgn baik sekali.. “
” Alhamdulillah.. Anak Yg bijak. Semoga Menjadi Ank yang soleh Di Dunia Dan Akhirat… Aamin.. YRA.. “
” Comelnya dia, Alhamdulillah. Anak soleh Dunia dn Akhirat Aamiinnn ya Robbal Alamiinnn.. “
” Anak soleh, syukur Alhamdulillah. Allahuakbar, sayunya hati tengok anak soleh ni. Cerdik sungguh.. “
” Dah besar Ayash, tunjukkan bilal yang azan tentu Ayash suka nanti. Makin bijak ye Ayash.. “
” Cerdik ayash, anak soleh ibu daddy ni. Comel sangat Ayash ni macam arw4h ibu saling tak tump4h.. “
” Ger4m tengok Ayash, budak pandai. Keletah dia tu ger4mla mama. Anak soleh dunia dan akhirat.. “
Alhamdulillah, semakin besar semakin bijak Ayash Affan ini. Cute betul reaksi wajah Ayash ketika mendengar azan tu. Semoga Ayash menjadi anak yang soleh, membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang membanggakan keluarga kelak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Amy Salmi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..