” Tahniah Esma, tak lama lagi dapat menantu. Cantik betul orangnya.. ” – Netizen

Esma Daniel Kongsi Video Majlis Pertunangan Anaknya, Harith Daniel Bersama Kekasih Hatinya. Alahai Cantiknya Bakal Menantu Esma, Anak Esma Pun Handsome Orangnya. Sama Cantik Sama Padan, Tahniah Harith Dan Natasha !!

Meninjau di akaun Instagram milik pelakon, Esma Daniel telah berkongsi satu video yang memaparkan anak lelakinya, Harith Daniel telah melangsungkan majlis pertunangan bersama wanita pilihan hatinya.

Dalam video itu, kelihatan Esma dan ahli keluarga yang lain memakai baju sedondon bertemakan warna putih. Pada ruangan kapsyen, Esma turut menitipkan kata nasihat buat Harith yang sudah bergelar tunangan orang.

Berkongsian video tersebut telah menjadi perhatian warganet. Ramai yang memberikan kata ucapan tahniah dan berharap segala urusan Harith untuk mendirikan rumahtangga nanti akan dipermudahkan.

Sehingga kini, posting Esma berkongsi pertunangan Harith itu telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Meninjau di Insta Story milik tunang Harith, iaitu Nur Natasha Amanda turut berkongsi gambar-gambar sepanjang majlis pertunangannya.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, selain memberikan kata ucapan tahniah, ada yang memuji kecantikan bakal menantu Esma. Antara komen-komen menarik adalah :

” Selamat menerima menantu bang Daniel, tahniah semoga berpanjangan hingga ke jinjang pelamin keduanya.. “

 ” Tahniah Esma, tak lama lagi dapat menantu. Cantik betul orangnya. Semoga semuanya dipermudahkan nanti.. “

 ” MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah. Tahniah Harith yang bakal mengakhiri zaman single tak lama lagi.. “

Alahai memang cantik betul bakal menantu Esma, bak kata orang, sama cantik dan sama padan. Seb4k pula membaca kata nasihat Esma buat Harith. Penuh bermakna kata-kata seorang ayah buat anaknya yang bakal bergelar suami.

Untuk sekadar info, Harith Daniel juga merupakan seorang pelakon. Harith adalah anak Esma menerusi perkahwinan pertamanya bersama pelakon Sherie Merlis. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Harith dan Natasha, semoga urusan kalian untuk bergelar suami isteri akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG esmadaniel, harithdaniel_iam, natashaamanda_official, sheriemerlis

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..