” Ayah t1ru style saya ke semalam ? ” – Dadija
Muatnaik Gambar Anak Bongsunya Pakai Headband Pink, Perkongsian Tomok Buat Peminat Terhibur. Alahai Sama Lah, Ayah Dapat Ilham Daripada Dadija Rupanya. Nasib Baik Ayah Tak Pakai Color Pink. Komen Peminat Pun Kelakar-Kelakar Belaka !!
Bagi yang mengikuti perkembangan rancangan Gegar Vaganza (GV) musim ke 9 pada tahun ini, pastinya ternanti-nanti untuk melihat penampilan para peserta pada setiap minggu dengan membawa pelbagai gaya ketika menyampai lagu tugasan mereka.
Semalam, peserta GV telah menyanyikan lagu tema You Like, I Like yang mana mereka akan memilih lagu untuk salah seorang peserta GV yang lain. Penyanyi Tomok telah menyanyikan lagu bertajuk Awas (KRU) pilihan Bob Yusof.
Meninjau di akaun Instagram Tomok, telah memuatnaik gambar anak kecilnya, Siti Khadijah memakai headband berwarna pink. Perkongsian Tomok itu telah menarik perhatian warganet. Manakan tidak, rupanya gaya Khadijah sama seperti fesyen Tomok semalam di Gegar Vaganza.
Sehingga kini gambar Khadijah memakai headband itu telah menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alamak sama lah style Dadija dengan ayah, pandai ayah cari ilham yer.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian lain Tomok :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan posting Tomok dan rata-ratanya memuji kecomelan Dadija. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tiutttttttttttt sgt Khadijah n ayah. Yup nampak cam reben semalam, sbb tu Nabil cakap g4ngster yg blh bwk bincang, haha.. “
” Kalau aku like, aku like kalau tak aku swipe, haha style lah Dadija. Good luck Tomok, moga Tomok peroleh kejayaan.. “
” Alahai comelnya tengok awk khadijah. Ayah dpt ilham drpd Dadija la tu, hihi ayah memang pandai betul.. “
” Ayah amik idea dari khadijah rupanya, nasib ayah tak pakai kaler pink ek. Hahaha comel lah Khadijah dan ayah.. “
” Khadijah memang sumber inspirasi ayah lah, duplicate betul muka. Dua dua comel sangat tau, haha.. “
” Khadijah original, ayah awak inspired, haha. Anak bongsu Tomok ni memang comel, ger4m pula tengok gaya Dadija.. “
” Alolololo comelnya kamu Dadija, muka sebiji mama, tapi gaya ayah, hehe. Good luck Tomok untuk next show.. “
Gaya mimik muka Dadija dalam gambar pun sama dengan ayah juga lah. Comel betul si kecil ni, patut lah ramai yang puji. Apa-apa pun buat Tomok, semoga berjaya dalam pertandingan yang disertainya dan segala urusan nanti dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG tomokofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..