” Aku tak cakap aku nak kahwin dengan kau, tak ingin pun.. ” – Erra Fazira

Video Sedutan Babak Lakonan Erra Fazira Bersama Dato’ Awie Buat Ramai Terhibur. Ad0i Lawak Betul Lah Tengok Erra ‘ Jual Mahal ‘ DenganĀ  Dato’ Awie, Menjadi Betul !!

Meninjau di akaun Instagram fans Erra Fazira, errafaziraprimadonamy telah berkongsi satu video sedutan babak lakonan Erra Fazira bersama Dato’ Awie. Difahamkan sedutan babak tersebut diambil menerusi drama ‘Kalut Nak Raya’.

Video yang berdurasi beberapa saat itu memaparkan lakonan Erra sedang ‘jual mahal’ tidak mahu kahwin dengan Dato’ Awie setelah Dato’ Awie mahu melamar Erra untuk berkahwin. Namun Erra telah menyatakan kepada Dato’ Awie untuk memilih jejaka bernama ‘ Usin ‘ .

Perkongsian video sedutan babak lakonan Erra dan Awie itu telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Ramai yang sudah menonton memberikan emoji ketawa serta memuji lakonan Erra dan Dato’ Awie.

Menjadi betul lakonan Erra dan Awie, dua-dua kelakar sangat. Malah kelihatan Erra turut memberikan komen serta emoji ketawa dengan berseloroh mengatakan pandai fans nya meng0rek cerita lama. Alahai Erra pun tergelak tengok lakonannya dengan Dato’ Awie.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton lakonan Erra dan Dato’ Awie. Antara komen menarik adalah :

” Suka tgk both of u berlakon. Lawak la Usin tu. Lembut naw, tak kan lembut gemalai tu taste akak kot, haha.. “

” Semb1lu diambang Wati, best friend forever. Comel dua-dua bila berlakon bersama, haha. Suka tengok.. “

Komen daripada Erra :

Umum mengetahui kedua-dua selebriti terkenal ini dahulunya pernah melalui zaman bercinta dan fasa bertunang, namun jodoh mereka tiada. Meskipun kisah tersebut telah berlalu pergi, sekarang Erra dan Dato’ Awie sangat bersikap positif dan profesional jika bergandingan bersama ketika bekerja.

Sebelum ini, Dato’ Awie dan Erra telah mengadakan satu persembahan khas iaitu ‘ Awie Romantika Dinner di Sabah dan ianya mendapat sambutan. Apa-apa pun semoga Erra dan Dato’ Awie akan terus bersahabat baik serta berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG errafaziraprimadonamy, errafazira

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..