” Aww beautiful mommy to be, tak sabar tunggu baby cute ni.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Terbaru Di Instagram, Namun Baby Bump Fazura Jadi Tumpuan Peminat. Semakin Cantik Berseri-Seri Mommy To Be Ni, Comel Sungguh Baby Bump Tu !!

Semenjak berbadan dua ini, pelakon Fazura nampaknya semakin cantik berseri-seri. Isteri kepada pelakon lelaki popular Fattah Amin ini turut mengaku selama tempoh kehamilan ini dia semakin kuat makan. Menurut Fazura juga dia tidak mengalami sebarang alahan.

Mengimbas kembali detik perkenalan antara Fazura dan suaminya Fattah Amin, mereka mula berkawan rapat setelah sama-sama terlibat dalam mega drama Hero Seorang Cinderella. Nama Fazura dan Fattah menjadi fenomena dan viral apabila peminat menggabungkan nama mereka menjadi Fattzura.

Setelah mengenali hati budi masing-masing akhirnya Fazura dan Fattah mengumumkan berita pertunangan mereka dan selepas itu mereka mendirikan rumahtangga dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup. Dan pada bulan April yang lalu Fazura dan Fattah telah membuat satu pengumuman kepada seluruh peminat mereka.

Iaitu pengumuman mengenai kehamilan Fazura yang sangat ditunggu oleh semua peminat, kini usia kandungan fazura sudah memasuki tujuh bulan. Menjengah ke laman instagram milik Fazura, beliau telah berkongsi foto terbarunya. Foto yang menunjukkan baby bump nya untuk tatapan peminat mereka.

Mari kita lihat foto yang dikongsi oleh Fazura di bawah ini :

View this post on Instagram

🧚🏻‍♂️✨

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Perkongsian Fazura ini mendapat pelbagai komen dan ucapan daripada peminat. Antaranya ialah :

” Halah halah halah halaaahhhh cantiknyaa.. “

” Aww beautiful mommy to be, tak sabar tunggu baby cute cute ni.. “

” MasyaAllah zisss, lawa sangattt. Semoga mommy and baby sentiasa sihat.. “

” So pretttyyy ya Allahh this mummy to beee, semoga dipermudahkan segala urusan.. “

” H0t mommy to be, cantiknyaaa bidadari dari syurga ni.. “

” Cantiknya, semoga dipermudahkan urusan bersalin missfazura Aamiin.. “

” You are so beautiful missfazura, i doakan you dan baby dalam keadaan baik dan baby membesar menjadi insan terbaik untuk ibubapanya.. “

Cantik sungguh ibu mengandung ni, makin berseri-seri yer. Apapaun kami di Berita Kopak mendoakan semoga Fazura dan bayi didalam kandungan sentiasa sihat dan semoga segala urusan Fazura, suami serta keluarga dipermudahkan selama tempoh kehamilan ini. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..