” Awet muda kak Lis.. ” – Netizen

Wajah Terkini Melissa Saila Yang Semakin Anggun. Wahhh Muka Tak Berubah Dari Remaja Dulu. Maintain Cantik Dan Awet Muda !!

Jika disebut drama rantaian Cili Padi yang popular di era 90 an dulu, pastinya ramai yang masih mengingati wajah pelakon-pelakonnya. Anne Ngasri, Melissa Saila, Tam Suhaimi, Nik Fariz Nik Fadzil dan Jaafar Onn menjadi tonggak utama drama ini.

Kini sudah berpuluh tahun berlalu, ada yang masih aktif dalam dunia seni dan ada juga yang sudah bersara. Salah seorang yang masih aktif adalah Melissa Saila. Anak kepada seniwati Mariani ini masih kekal bertenaga sekalipun usianya sudahpun di penghujung 40an.

Dar4h seni yang mengalir dalam tubuhnya membuatkan Melissa tidak dapat berpis4h dengan dunia seninya ini. Mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa Melissa adalah anak saudara kepada biduanita Saloma dan lagenda P. Ramlee.

Sudahpun berkahwin bersama Megat Fauzi Shukarnain, mereka dikurniakan tiga orang anak. Mereka diberi nama Noor, Zain dan Zahrah. Simple dan ringkas namanya. Melissa juga aktif dalam bidang pengarahan drama. Memiliki syarikat produksinya sendiri bernama Kus Semangat Aktor.

Meninjau akaun Instagram Melissa, peminat boleh menyaksikan perkembangannya terkini. Juga menceburkan diri dalam bidang perniagaan, Melissa aktif menjual produk kesihatan. Wah lihat sahaja wajahnya yang berseri ini. Macam tengok Melissa di zaman remajanya dulu je.

Jom tonton video di bawah :

Wajah terkini Melissa ini mendapat perhatian peminat. Antara komen-komen :

” Awet muda kak lis.. “

” Ok .. this is soo funny kak.. “

” Lis utk umur mcm you dah kira terbaik sangat2 dah ni.. “

” Hahaha cute. Filterr lak liss filter plss.. “

Walaupun zaman sudah banyak berubah, semangatnya sebagai anak wayang tidak pernah lunt0r. Kami di Berita Kopak berharap agar Melissa terus berkarya dan menghasilkan hasil seni yang membanggakan. Semoga tetap bersemangat dan bahagia di samping keluarga tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Melissa Saila, Portal Remaja, Portal Nona

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..