” Atas sekali tu pawagam ke Achey, besau betul. Tahniah brother.. ” – Netizen

Gambar Achey Bocey Bersama Isteri Dan Anaknya Di Hadapan Rumah Baru Mereka Jadi Tumpuan. Wah Besar Betul Rumah Achey Ni. Nampak Mewah Sungguh, Tahniah !!

Baru sahaja bulan lalu cerita tentang pelawak sensasi, Achey Bocey membeli rumah baru heboh diperkatakan. Achey juga ada berkongsikan pada postingnya terdahulu gambar rumah barunya ini namun hanya sipi-sipi sahaja gambarnya.

Achey dan isterinya Anne sudah lama mengidamkan untuk memiliki rumah sendiri. Memberitahu bahawa sejak 10 tahun lalu menyimpan hasrat untuk membeli rumah teres 3 tingkat, akhirnya impian mereka tercapai. Walaupun ianya masih terikat dengan pinjaman bersama pihak bank, namun ianya satu hasil yang boleh dibanggakan.

Achey dan Anne berniaga berbagai-bagai barangan untuk merealisasikan impian mereka ini. Antara perniagaan suami isteri ini ialah kek pisang, teh tarik Hamzah dan lain-lain lagi. Betullah kata orang, siapa yang berusaha pasti akan mendapat hasilnya di kemudian hari.

Menerusi akaun Instagram, Achey telah berkongsikan sekeping gambarnya bersama Anne dan Tiara di hadapan rumah baru mereka. Wah tersergam indah rumah idaman Achey, besar betul. Baru beberapa minggu lepas dikongsikan gambar rumah masih dalam proses renovasi, nah hasilnya memang wow sangat !

Jom baca perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

Assalamualaikum .. Bismillah .. Allah maha besar .. Syukur… saya percaya doa orang2 sekeliling dan kalian juga membantu kekuatan kami untuk menyimpan dan merealisasikan #10tahunimpian untuk memiliki rumah sendiri… .. Walaupun masih hutang bank tetapi itu juga menolak kami untuk tidak selesa dengan keadaan sekarang.. terus usaha dan terus percaya tanamkan target serta jayakan target itu walaupun bertahun lamanya.. .. Bisnes juga membantu sgt2 kuat.. yea banyak bisnes kami usahakan tidak berjaya..sehingga lah kami jumpa bisnes yang tepat dan dapat membantu kami dan keluarga..tapi kami yakin pengalaman gagal itu adalah guru terbaik untuk semua insan.. .. Dugaan?..yea penat dengan dugaan..kuncinya syukur dengan dugaan itu kerana Allah berikan pada kami bersebab.. .. Takleh taip panjang2… next gambar kita cerita lagi k.. .. Terima kasih kepada insan2 dibawah yang membantu kami sepanjang proses rumah #10tahunimpian .. @irfanfazail7 #kakyuya @black.hanifah @cirakhairy @norazmihasan @mxn.idea #khairulcontractor #keluargasertajiran2

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Nampak gah betul rumah baru Achey ni dan ia mendapat perhatian ramai netizen. Antara komen-komen mereka :

” MasyaAllah.. Alhamdulillah nikmat Allah yg tidak terhingga. Tahniah achey.. “

” Congratulations achey & angah. Bangga dgn khairul, lawa jadinya rumah.. “

” Alhamdullah syukur puas hati bile tgk hasil titik peluh sendirikan… Tahniah anakku.. “

” Nahhhh besonya, syabas.. ” – Bell Ngasri

” Waalaikumussalam. Tahniah Abang Achey & Akak anne dan Tiara . Alhamdulillah masuk rumah baru.. “

” Ni baru betul dari orang biase kepada bukan biase-biase.. tahniah achey semoga terus success dalam kerjaya n kehidupan.. “

” Wah terbaik hasil org kerja kuat. Sangat memberi inspirasi. Tahniah Achey dan family.. “

” Atas skali tu pawagam ke achey, besau betul. Tahniah brother.. “

Cantik dan gah betul nampak rumah idaman Achey ini. Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan Allah. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah buat Achey dan Anne. Semoga semakin bertambah rezekinya dan sentiasa berbahagia sampai ke akh1r nyawa. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Achey Bocey

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..