” Artis paling semp0i kahwin kat rumah. Tak ada nak kahwin kat hotel.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Persandingan Zarina Anjoulie Dan Suaminya, Eilyas. Baju Pengantin Anju Tarik Perhatian Ramai. Wahhh Cantiknya Anju, Dah Macam Princess !!

Hari ini merupakan hari bahagia buat pelakon sensasi, Zarina Anjoulie dan suaminya Eilyas Azhar. Pasangan ini diraikan sempena Majlis Bersanding di kediaman mereka di Negeri Sembilan. Mengenakan persalinan pengantin berwarna pink lembut, menampakkan lagi seri pengantin di wajah mereka.

Umum mengetahui, Zarina atau Anju telah bernikah dengan suaminya yang mesra dengan panggilan Yas pada bulan lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Pasangan ini diwalikan oleh ayah Anju sendiri dan dihadiri oleh ahli keluarga yang terdekat sahaja.

Tidak seperti selebriti lain yang biasanya memilih hotel yang mewah sebagai lokasi majlis resepsi atau persandingan meraka. Namun Anju dan Yas membuat pilihan untuk membuat majlis meraikan cinta mereka di rumah sahaja. Menurut Anju di posting Instagram sebelum ini, lebih ramai yang boleh datang dan pengantin boleh menyantuni tetamu yang hadir dengan lebih mesra.

Yang terbaru, Anju telah berkongsi beberapa gambar sekitar Majlis Persandingannya. Dalam gambar yang dikongsikan, kelihatan pasangan pengantin diarak oleh orang ramai menuju ke rumah pengantin. Busana pengantin Anju yang cantik meraih pujian ramai. Alahai dah macam princess lah Anju, cantik sangat !!

Jom ikuti perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya..)

Gambar pasangan pengantin dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan tetamu yang hadir :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya..)

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya..)

Alahai sama cantik sama padan. Peminat menitipkan ucapan dan doa buat Anju dan Yas. Antara komen-komen mereka :

” Cantiknyaaa bertudung, nampak sopan sgt, sepadan berdua. Semoga kekal hingga syurga.. “

” Omg you look so beautiful anju, congrats tahniah sis, kurlass dress dia.. “

” Cantiknye baju ala-ii pwencess. Congrats Anju, hppy 4 u pretty. Cantik gil0s anju.. “

” Allahhhhuuuu seri nyaaaaaaaa, yunkk tahniahhhhhhh semoga Allah merahmati sepanjang majlis dan sepnjng hidup aminnnn.. “

” Lawanyaaaaa.. tahniah kak anju.. selamat pengantin baru.. semoga kekal ke anak cucu.. insyaallah.. “

” Aku rasa ni artis ni paling semp0i nk mmpus kahwin kt rumah . Tak ade nk kahwin kat hotel, kek tinggi². Terbaik ahh kak anju.. “

Wahhh memang cantik sangat Anju. Buat kat rumah pun meriah juga kan Anju, lagi ramai kawan-kawan, saudara mara yang boleh datang. Semoga Anju dan Yas dikurniakan rumahtangga sakinah mawaddah warahmah dan berbahagia sehingga ke akhir hay4t. Aminnn..

Silakan SHARE…

Kredit gambar – gambar yang cantik daripada Meovara

Sumber : IG Zarina Anjoulie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..