” Apa ni, delete scene yang tak sepatutnya di delete.. ” – Netizen
Wan Sharmila Kongsi Video Deleted Scene Yang Sweet Dan Romantik Antara Sofi Dan Helmi Dalam Drama 7 Hari Mencintaiku 2. Awwww Sweet Sangat Ni, Rugi Kalau Tak Tengok !!
Watak Helmi lakonan Syazwan Zulkifly dan watak Sofi lakonan Wan Sharmila atau Lala adalah antara watak yang disukai ramai dalam drama hang4t Drama 7 Hari Mencintaiku 2. Menerusi drama yang diadaptasi daripada sebuah novel hasil karya Siti Rosmizah ini, Helmi dan Sofi merupakan pasangan suami isteri.
Babak Helmi mengusik Sofi antara yang digemari oleh penonton. Ada sahaja gelagat pasangan ini yang mencuit hati dan menghiburkan ramai. Nampak sangat sepadan dalam drama, peminat mula mengg0sipkan mereka dan mendoakan Syazwan dan Lala ada jodoh dalam kehidupan sebenar.
Menerusi episod semalam, babak Helmi slow talk dengan ibunya, Mak Leha berkenaan dengan isterinya Sofi membuatkan ramai yang tersentuh dan mendapat pujian ramai. Babak ini menjadi trending di media sosial dan ramai yang memperkatakan tentangnya.
Hasil tinjauan terbaru kami di akaun Instagram, Lala telah berkongsi video deleted scene drama 7 Hari Mencintaiku ini. 2 video yang dimuatnaik memaparkan babak romantik antara Sofi dan juga Helmi. Alahai sweet sangat cara Helmi mengusik Sofi ni kan, pastinya membuatkan penonton drama ini teruja menontonnya.
Jom tonton video di bawah :
(Klik KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )
Alahai sweet sungguh Sofi dan Helmi ni kan, mesti ramai yang tersenyum simpul tengok video ini. Antara komen-komen netizen :
” Apa niiiii delete scene yang tak sepatutnya di delete.. “
” Alaa knape deleteee, HAHAHAHHAHAAA comei pulak helmi. Lebih suka this couple.. “
” Tak sabar nak tunggu isnin. Sweet naww korang nie.. suka watak yg berdua ni.. “
” Ship sgt… but love the chem1stry between both of you. The way you talk to each other… Good job.. “
” Suke tgk sofi ng helmi sweet sangt2.. Ala kawen la korg betul2 eh.. “
” Helmi ni cep0kkk kang… ged1kk. Laki sweet mmg ada dalam drama je ke kak. Hahaha.. “
” Tak ada deleted scene semalam pun helmi dah cukup trending kat twitter. Ni kalau tak delete ni lagi trending ni HAHAHA.. “
” Kenapa la delete part yg sweet2.. patutnya delete part nurul.. ”
Nampak sweet sangat Syazwan dan Lala ni kan. Kalau betul berjodoh apa salahnya, masing-masing single lagi kan. Apa-apa pun tahniah buat kedua-duanya kerana berjaya membawa watak dengan baik sehingga terkesan di hati penonton. Semoga Syazwan dan Lala terus berjaya dalam dunia seni.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..