” Comelnya Ustazah, semoga menjadi anak yang solehah.. ” – Netizen

Gambar Photosho0t Anak Kedua Bella Astillah, Ara Adreanna Yang Bertemakan Islamik Raih Perhatian Netizen. SubhanAllah, Comelnya Baby Ara. Dah Macam Ustazah Cilik !!

Ara Adreanna merupakan nama anak kedua pasangan selebriti Bella Astillah dan juga Aliff Aziz. Umum mengetahui Bella telah selamat melahirkan anak perempuannya itu pada 18 Julai yang lalu. Berita gembira ini turut dikongsikan oleh Bella di akaun Instagram miliknya.

Walaupun bersalin tanpa suami di sisi, namun Bella tetap kuat dan redha apa yang sudah tertulis untuknya. Untuk pengetahuan, Bella dan Aliff sudah beberapa bulan tidak berjumpa kerana Aliff kini berada di Singapura dan sempadan negara masih belum dibuka.

Pastinya anak sulung pasangan ini, Mohamad Ayden Adrean juga merupakan salah satu kekuatan buat Bella. Gelagat Ayden bersama adiknya Ara turut dikongsikan oleh Bella dia akaun Instagram miliknya atau pun di akaun Instagram Ayden sendiri.

Hasil tinjauan terbaru di akaun Instagram Ara Adreanna yang telah diwujudkan oleh Bella, Bella telah berkongsi gambar photsho0t Baby Ara pada Hari Raya Aidiladha yang lalu. Dalam gambar yang dimuatnaik itu, Baby Ara seperti memakai telekung sambil tangannya memegang tasbih di samping senafkah Al-Quran di depannya. Alahai comel sangat Baby Ara ni, dah macam mini Ustazah.

Ikuti perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

Selamat Hari Raya Aidiladha ✨ – Ara Adreanna

A post shared by Ara Adreanna (@araadreanna) on

Perkongsian gambar photosho0t Baby Ara meraih perhatian netizen yang rata-rata memuji kecomelannya. Antara komen-komen netizen :

” Alololoooo. Shomelnya nakkk. Semoga menjadi anak solehah, asbab hidayah buat mommy daddy kamu ya.. “

” Comelnyaaa, semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah aamiin.. “

” Salam idil adha bby ara adrenna.. Ya Allah comelnye, bila besar nanti jdi ank yg baik dan solehah Ya.. “

” OMG Whyy shooo cuteeeee araaaaa. Comeynya ustazah.. Selamat hari raya aidil adha araadreanna.. “

” Comelnya mcm mak, bapak n abg dia semua comel2.. So cute Ara, bella kecik.. “

” Comey and cute nye baby Ara semoga menjadi ank sholehah yee…. Aamiin ya rabb.. “

SubhanAllah comel sungguh Baby Ara, seindah gambar yang diabadikan ini. Semoga Allah jadikan Baby Ara sebagai seorang wanita yang sempurna akhlaknya, baik budi pekerti, sentiasa mentaati Allah, Rasulullah dan kedua ibu bapa untuk kebahagiaan di dunia, juga di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ara Adreanna, Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..