” Anak-anak dar4 Abe Joe acuan memang cantik betul.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Anak Fizo Omar, Wan Maryam Meme0k Adiknya, Wan Khaleeda Raih Perhatian Peminat. Alahai Makin Cantik Lah Cik Yam, Pandai Posing Ambil Gambar. Muka Sebijik Mummy Dia Lah. Baby Khaleeda Pula Makin Comel Dan M0ntel !!

Sudah hampir 5 bulan usia anak kedua Fizo Omar, Wan Khaleeda. Ada sahaja perkongsian terbaru oleh Fizo mahupun isterinya, Fazeera di akaun Instagram mengenai anak mereka pasti menarik perhatian warganet.

Terbaru, Fizo ada memuatnaik gambar-gambar anak pertamanya, Wan Maryam atau lebih dikenali dengan panggilan manjanya, Cik Yam. Difahamkan gambar-gambar tersebut adalah diambil ketika pertama kali mereka sekeluarga camping di Gopeng.

Menerusi gambar pertama hingga ke enam, Cik Yam sedang berada di tepi sungai, pelbagai gaya dibuat Cik Yam ketika gambarnya diambil. Manakala gambar terakhir, Cik Yam sedang memel0k adik kesayangannya, Khaleeda.

Sekali lagi perkongsian itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan semakin Cik Yam membesar, wajahnya mewarisi kecantikan daripada ibunya, Mawar Karim. Bahkan bukan itu sahaja, ramai suka melihat kasih sayang Cik Yam terhadap Khaleeda.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-ratanya memuji kecomelan anak-anak Fizo. Antara komen-komen menarik adalah :

” Anak-anak d4ra Abe Joe acuan memang cantik betul. Cik Yam ni banyak mirip mummy dia, nanti besar mesti cantik.. 

” Makin besar makin lawo dan manis anak dara Abe Joe ni, si kecil pulop makin syanteq weh. Moga jadi anak solehah lah.. “

” Muka Cik Yam sebijik mcm Mawar. Besaq nanti comfirm cantik macam Mawar. Pandai bergaya pula tu.. “

” Alolo suka tengok Cik Yam dengan Khaleeda. Dah pandai jaga adik ye Cik Yam. Semoga keluarga Fizo bahagia selalu.. “

” Dh besar Che Yam, cntik. Banyak muka mummy. Sweet sangat gambar last tu, moga sihat2 selalu dua beradik ni.. “

” Nampak sayang betul Maryam dekat Khaleeda. Maryam makin cantik lah, kejap dah besar kan Maryam.. “

” Si kakak makin cantik, adik makin comel. Khaleeda sebiji muka daddy lah, dah besar budak m0ntel ni.. “

Alahai pejam celik pejam celik, cepat betul Cik Yam dah besar. Memang cantik manis anak d4ra sulung Fizo Omar ni. Baby Khaleeda pun semakin m0ntel dan comel. Apa-apa pun semoga dua beradik ini akan terus membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang soleheh buat orang tua mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG fizoomar, mawar_karim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..