” Amboiii.. Demandnya nak milo ais. Hahaha.. “

Video Kucing Kesayangan Zara Zya, Beshetik Meminta Air Milo Yang Dibancuh Olehnya Mencur1 Perhatian Netizen. Alahai, Comelnya , Pandai Buat Muka Kesian !!

Memelihara haiwan seperti kucing boleh memberi terapi kepada tuannya apabila stress. Di Malaysia, ramai selebriti yang mempunyai haiwan kesayangan masing-masing dan turut menjadi trend membuat akaun media sosial khas untuk haiwan peliharaan mereka. Populariti haiwan kesayangan mereka juga setanding artis tau !

Beshetik merupakan kucing peliharaan pelakon, Zara Zya. Zara turut membuat satu akaun khas untuk Beshetik di media sosial dengan nama beshetik. Kerana kecomelan Beshetik, akaun Instagramnya mempunyai pengikut yang begitu ramai iaitu seramai 97.1 ribu orang. Wow, ramai kan !

Beshetik merupakan seekor kucing jantan yang begitu manja dan disayangi. Zara sering memuatnaik video dan gambar Beshetik di akaun media sosial kucingnya itu untuk tatapan pengikut-pengikut Beshetik. Beshetik dijaga dengan baik dan begitu rapi oleh Zara seperti seorang bayi.

Menerusi akaun Instagram, Zara Zya berkongsi videonya sedang membancuh milo ais. Secara tiba-tiba muncul kucing peliharaan Zara yang comel, Beshetik mengintai dari bawah. Zara memberi Beshetik merasa sesudu air milo tersebut. Namun, nampak gayanya Beshetik tak cukup sesudu.

Tonton video di bawah :

” Lepas ni jadi apa? @beshetik . A) Shetik tumpahkan Melo. B) Melo ditumpahkan oleh shetik. “

Pelbagai jawapan yang diberikan oleh netizen melalui ‘caption’ yang ditanya oleh Zara Zya pada videonya. Namun ada juga netizen yang ger4m melihat kecomelan Beshetik. Antara komen-komen mereka :

” Beshetik why so cuteeee.. “

” Mama bagi byk tu je mana cukup pun.. tengok saiz shetik tu tak padan milo ujung2 sudu tuhhh… hahahaha.. “

” Haha demandnya nak milo ais.. “

” MINUM MILO, SHETIK JADI KEKWAT DAN KUAT! *tiber.. “

” Lepas ni dia g dapo buat milo sndri.. “

” Comelnya mnum milo .. “

” Ptt la sehat dan kuat shetik.. “

Alahai, comel sangat kucing Zara Zya ni. Ger4m melihat bulunya yang gebu dan kembang. Jadi tidak hairan lah Beshetik mempunyai ramai peminat mengalahkan artis. Sebagai seorang pencinta kucing, adalah perkara biasa berkongsi makanan bersama kucing kesayangan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zara Zya, Beshetik by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..