” Alhamdulillah… Seorang lagi Pwincess untuk daddy.. “

Pelakon Hafizul Kamal Kongsi Berita Gembira Dengan Kelahiran Anak Keduanya. C0melnya Anak Hafizul !!

Hafizul Kamal atau nama sebenarnya, Mohamed Hafizul bin Ahmad Kamal merupakan seorang pelakon dan pengacara televisyen Malaysia. Beliau juga merupakan juara bagi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang penyiaran, On AIR di Astro Ria.

Beliau dilahirkan pada 25 April 1985 di Ipoh Perak. Beliau juga memiliki ijazah dalam bidang Petr0k1mia dan Proses. Pada 23 Mei 2012, Hafizul telah menjadi salah seorang daripada 20 peserta rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang penyiaran di Astro Ria yang turut disertai oleh, Shazwan, Hefny Sahad dan CK Faizal.

Beliau telah berpasangan bersama rakan seangkatannya dalam On AIR, iaitu, Hefny mengambil bahagian dalam rancangan Fe4r Fact0r Malaysia pada tahun 2013 dan meraka merupakan naib juara. Hafizul membuat penampilan filem sulungnya menerusi filem aksi ketenteraan, iaitu PASKAL arahan Adrian Teh.

Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama pilihannya iaitu,  Nurul Fariza Ibrahim yang mesra dengan panggilan Mieja pada 13 Februari 2016.  Pada 26 Oktober 2017, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Raisya Amanda yang dilahirkan di Pusat Perubatan Rampai Puteri.

Terkini, Hafizul sekali lagi telah mendapat cahaya mata kedua pada 10 Disember 2019 yang juga merupakan seorang bayi perempuan. Berita gembira itu telah dikongsikan dalam laman media sosial instagram milik beliau. Anak sulung beliau ketika ini sudah berusia 2 tahun.

Baca perkongsian beliau dibawah :

” Alhamdulillah.. seorang lagi Pwincess untuk daddy.. “

View this post on Instagram

Alhamdulillah.. seorang lagi Pwincess untuk daddy..

A post shared by Pijot (@hafizulkamal) on

Rata-rata peminat telah mengucapkan tahniah kepada Hafizul Kamal atas kelahiran baru anak beliau. Antara komen-komen netizen :

” Tahniah bang.. Raisha dah jdi akak.. “

” Congratulations!!! Bestnyaaaaaa da keluar baby girl.. “

” Alhamdulillah.. Tahniah.. Selamat dtg bidadari kecik.. “

” Alhamdulillah tahniahhh.. Lebat rmbut diaa.. “

” Alhamdulillah.. Tahniah bro @hafizulkamal .. Moga terus jadi ayah yg mithali.. “

” Tahniah abang fizul, semoga kedua cahaya mata abang dapat membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah.. “

C0mel sungguh anak Hafizul ini. Kelihatan iras seperti ayahnya. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Hafizul serta isteri dengan kelahiran anak yang baru ini. Semoga dengan lahirnya anak ini, Hafizul sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hafizul Kamal by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..