” Allahuakhbar !! Pengalaman paling mahal nie ! “

Najdi UNIC Kongsi Videonya Melaungkan Azan Di Dalam Kapal Terbang Menarik Perhatian Netizen. MasyaAllah, Merdunya Suara !!

Wan Najdi bin Wan Mohd Noh atau lebih dikenali sebagai Najdi UNIC / Imam Muda Najdi / Najdi / Adi merupakan ahli baru anggota kumpulan UNIC. Najdi juga merupakan seorang Pendakwah, Penyanyi, Qari, Pelakon  dan Hos. Beliau dibesarkan di Kajang Selangor.

Beliau pernah menyertai rancangan realiti TV Imam Muda pada musim kedua. Najdi merupakan anak ke empat daripada 5 adik-beradik di mana mempunyai 4 orang lelaki dan seorang perempuan. Najdi merupakan anak kepada Guru Quran iaitu Ustaz Wan Mohd Noh dan Puan Norlida Daud.

Beliau telah berkahwin dengan seorang doktor bernama Dr. Nor Azreen Rahim. Pasangan itu berkahwin pada tahun 2016 di Kajang Selangor dan sekarang mereka mempunyai dua orang cahaya mata perempuan yang bernama Wan Maisarah dan Wan Mustapha.

Menerusi akaun Instagram, Najdi berkongsi videonya sedang melaungkan azan di dalam kapal terbang. Najdi ketika itu menaiki kapal terbang menuju ke Makkah untuk menunaikan umrah. Kelunakan suara Najdi melaungkan azan menarik perhatian netizan.

Tonton video di bawah :

” Pengalaman baru dapat melaungkan azan di dalam kapal terbang.. “

Rata-rata netizen memuji kemerduan suara Najdi melaungkan azan. Antara komen-komen mereka :

” Perghh proud of u brader. Aura dia masyaAllah.. “

” Lunak bak suara ayahnda Ust Wan.. “

” Allahuakhbar !! Pengalaman paling mahal nie ! “

” Wow terbaik bang Najdi.. “

” MasyaAllah.. Sedapnya suara.. “

” Pengalaman yg indah.. “

” Suara azan di langit biru wahh terbaik Adi.. “

” Bila dia buka jawatan kosong ni @najdiunic ?.. nak isi mcm mna yaa… Best jugak jdi bilal dlm kapal nihhh … “

MasyaAllah, sememangnya merdu dan lunak sungguh laungan azan oleh Najdi.  Ia merupakan pengalaman paling berharga buat Najdi. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat menunaikan umrah kepada Najdi dan dipermudahkan segala urusan di sana.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Najdi UNIC by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..