” Alhamdulillah rezeki, tahniah Elisya.. ” – Netizen

Jinggo Kongsi Berita Gembira Tentang Menantu Kesayangannya, Elisya Sandha. Wah Bagai Bulan Jat0h Ke Riba Ni. Semoga Dipermudahkan Elisya !!

Meninjau akaun Instagram Jinggo Tok Sidang, telah dikongsikan satu berita khas tentang menantunya, Elisya Sandha. Pastinya berita ini bakal membuatkan peminat drama terbitan JS Picture teruja.

Setelah tanggungjawab menjaga syarikatnya JS Picture diserahkan kepada anak sulungnya, Uzair Haqimy sebelum ini, kini giliran Elisya pula mendapat mandat ini. Kata Jinggo, perancangan 27 tahun yang lalu akhirnya hampir tercapai hari ini.

2022 bakal melabuhkan tirainya dan 2023 bakal membawa cabaran baru untuk ditemp0hi. Jinggo memaklumkan secara rasminya hari ini, beban Jinggo dan Sheila Rusly dilepaskan kepada Elisya.  Welcome on board JS Picture Elisya, pastinya gandingan Haq dan Elisya bakal memberikan nafas baru.

Bukan hanya menantu tetapi Elisya seperti anak Jinggo. Selamanya anak Papa yang disayangi. Nampaknya Jinggo dan Sheila bolehlah berehat dan ada masa yang lebih untuk melayani si Bunga Elhaq. Nanna dan Dadda sudah hendak pencen lah Bunga, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Jinggo ini telahpun meraih ribuan likes daripada warganet. Ucapan tahniah diberikan kepada Elisya dan antara komen-komen :

” Tahniah Elisya Sandha… Semua cantik, baik. Allah bg yg baik2. Semoga jadi terbaik mcm nana n dada bunga. Dari berlakon smpai jd director i minat dia.. “

” Untongnya elisya ade bapa mertua n mak mertua yg sangat sayangkannya.. js pictures terbaikk.. “

” Calon yang tepat, bakal mewarisi bakat mama dan papa mertuanya. Congratulations Elisya dan JS Picture.. “

” One thing keep in mind, susah ye nak memiliki rezeki mertua bukan lagi anggap kita menantu tapi anak. jadi menantu yg dpt rezeki begini, love them more than ur self. in time ull know what i meant. alhamdulillah congrats elisya.. “

” Alhamdulillah rezeki, tahniah Elisya. Good luck dan terus hasilkan karya yang terbaik bersama suami untuk js picture.. “

” Tahniah Elisya, semoga terus cemerlang dalam apa saja yang dilakukan. semakin hebatlah drama2 js pictures lepasni.. “

” Congrats to you elisyasandhaofficial, uzairhaqimy69, Tok sidang jinggo_jspictures and sis sheilarusly_jspictures tahniah juga, and terima kasih sbb drama2 jspictures sentiasa best.. “

Tahniah Elisya, daripada seorang pelakon bakal bergelar pengarah selepas ini. Semoga legasi JS Picture terus gemilang, cemerlang dan terbilang di bawah pimpinan Haq dan Elisya. Selamat maju jaya Elisya dan semoga semuanya dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jinggo, IG Elisya Sandha, IG Sheila Rusly

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..