” Alhamdulillah.. Happy maid bila dihargai, nampak Wira pun happy dengan kak Anim.. ” – Netizen

Kongsi Video Sambut Hari Lahir Maid, Betty Rahmad Dapat Pujian Ramai. Terharu Tengok Keakraban Antara Mereka , Selamat Hari Lahir Kak Anim !!

Mendapat pekerja yang baik juga adalah satu rahmat. Orang luar yang sanggup bersama-sama dengan kita membantu meringankan beb4nan kerja dan meninggalkan keluarga tercinta untuk mencari rezeki. Seharusnya apabila kita mendapat pekerja yang baik seperti itu, tidak salah untuk kita menghargai mereka.

Begitu juga yang dikongsikan oleh pelakon dan penyanyi Betty Rahmat yang juga adik kepada pengarah drama terkenal, Erma Fatima. Baru-baru ini, Betty telah berkongsi satu video di akaun Instagram yang memaparkan dia telah menyambut hari lahir orang gajinya bersama suami dan anaknya, Wira.

Betty juga turut berkongsi luahan bahawa, orang gajinya, yang dikenali sebagai Kak Anim ini sangat setia bersama-samanya, malah sejak Wira masih berada dalam kandungan lagi, Kak Anim telah menjaga Betty dan menguruskan hal-hal rumah. Bertuah Betty dapat perkerja yang baik.

Melihat perkongsian video oleh Betty itu, kelihatan Aimi merupakan seorang yang agak pemalu. Meraikan sambutan hari lahir Aimi dengan sebiji kek, jelas kelihatan Betty begitu menghargai pekerjanya itu. Malah anak Betty, Wira turut kelihatan sangat rapat dengan Aimi.  Di akhir video itu, Aimi turut mendapat seutas rantai tangan daripada Betty. Wahh !!

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah :

Hasil dari menonton video itu, rata-rata netizen turut memuji Betty yang menghargai jasa orang gajinya. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Alhamdulillah. Happy maid bila dihargai nampak Wira pun happy dgn kak Anim.. “

” Semoga Kak Anim sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t.. Majikan yg terbaikk.. “

” Best dpt helper yg mcmni susah betul nk cari.. “

” Sanah helwah kak Anim. Semoga sentiasa sihat walafiat dan menjaga Wira comel ni dengan lebih semangat  terima kasih buat mummy Wia jadi majikan yang baik.. “

” Alahai cute sgt la Wira ni … Alhamdulillah dpt pembantu baik utk Wira.. “

” Waaaa… Mcm kita pula yg terharu as maid… Msti dia sgt bsyukur ade lady b0s yg sgt baik… “

Mesti kak Anim terharu dirinya dihargai oleh majikan. Nampak Kak Anim ni memang lembut orangnya, malah Wira pun kelihatan selesa dan manja bersama Kak Anim. Apa-apa pun, memang terbaik Betty, tidak pernah lupa akan jasa pekerjanya. Kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari lahir buat Kak Anim, semoga dimurahkan rezeki selalu. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Betty Rahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..