” Alhamdulillah.. Assalamualaikum Aya Soffya. Muka dia sebijik macam Wawa Zainal.. “

Wawa Zainal Selamat Melahirkan Anak Ketiga. Tahniah !!

Nama pasangan rom4ntis Aeril Zafril dan Wawa Zainal tidak perlu diperkenalkan lagi. Lakonan hebat pasangan ini sering menarik perhatian ramai. Seringkali muncul dengan video ala-ala Hindustan, nama pasangan bahagia ini sentiasa diperkatakan ramai.

Aeril Zafril atau pemilik nama sebenar Suhairil bin Sunari ini berasal dari Batu Pahat, Johor manakala Wawa Zainal atau pemilik nama sebenar Nur Hawa binti Zainal Abidin berasal dari Lahad Datu, Sabah. Hasil pernikahan ini, mereka dianugerahkan 2 orang cahaya mata bernama Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

Terkini pasangan ini melangkah maju dan mengembangkan empayar perniagaan mereka dengan produk berjenama Wawa kosmetik yang telah pun melahirkan beberapa orang jutawan. Untuk pengetahuan, hari ini Wawa telah dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak ketiganya.

Menerusi akaun Instagram , Aeril Zafril mengumumkan isterinya, Wawa telahpun selamat bersalin seorang bayi perempuan yang comel. Dan pastinya secomel mamanya. Beruntunglah baby ikut muka mamanya yang memang terlajak cantik.

Baca perkongsian Aeril Zafril di bawah :

” Alhamdulillah.. Terima kasih semua atas doanya.. Muka dia sebijik macam @w4w4_zainal .. “

Wawa juga turut memuatnaik khabar gembira yang sama di Instagram miliknya :

” Alhamdulillah.. assalamualaikum aya soffya .. terima kasih atas doa kalian semua.. terima kasih dr kham & nurses.. #wawabundleofjoy @ayyasoffya.. “

Rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah atas kelahiran cahayamata yang ketiga ini. Antara komen-komen peminat :

‘ Senangnye dia bersalin.. Baru sat tadi tengok tolak dalam labor room .. sat2 ni dah kluaq baby nya.. Allah permudahkan.. “

” Alhamdulillah, Omg!!! Tak sabar nak tengok mukaaa.. “

” Alhamdulillah, tahniah. Congrats abg Aeril dan kak Wawa.. “

” Dah baring kat katil tu pon still nampak cantik.. “

” Tahniah @aeril_zafrel dan @w4w4_zainal.. Selamat berpant4ng ye.. “

” Cantiknya wawa. Mesti baby pun comel.. “

Seronok betul tengok muka Wawa yang terpancar kebahagiaan tu. Sudah pasti peminat menghitung hari untuk menatap wajah si comel ini. Kami di Berita Kopak mengucapkan segunung tahniah atas kelahiran cahaya mata baru dan selamat berpant4ng untuk Wawa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aeril Zafril & Wawa Zainal by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..