” Alhamdulillah, apabila Allah mengkehendakkan sesuatu. Sed1h pula baca kapsyen.. ” – Netizen

Dato’ Fizz Fairuz Kongsi Video Penampilan Terkini Datin Almy Yang Manis Berhijab. Sayu Pulak Baca Kapsyen Dato’ Fizz Ni. Ramai Yang Kata Datin Almy Nampak Macam Permaisuri Agong, Serupa Gaya Tudung Tu !!

Sebelum ini, tular diperkatakan oleh peminat tentang penampilan terkini isteri kepada Dato’ Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia ketika mereka bercuti di Genting Highland. Mengenakan hijab, penampilan Datin Almy ini mendapat pujian daripada peminat.

Meninjau akaun Instagram Dato’ Fizz Fairuz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Datin Almy bersama anak bongsu mereka, Nur Afrina Aisyah. Ketika itu mereka sekeluarga sedang bercuti di Legoland, Johor Bahru.

Datin Almy yang manis bertudung dan mengenakan blaus serta seluar slack nampak simple sahaja pemakaiannya. Sememangnya Datin Almy seorang yang suka bersederhana dan ringkas sahaja cara pemilihan pakaiannya.

Kapsyen Dato’ Fizz juga ringkas sahaja namun membawa maksud yang mendalam. ‘ No caption, just sad. Thank you Allah ‘ itu yang dicoretkan oleh Dato’ Fizz. Hati suami mana yang tak tersentuh melihat isteri kesayangan berubah sebegini. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas hidayahNya ini.

Jom tonton video di bawah :

Wajah Datin Almy dengan gaya tudungnya ini dikatakan peminat nampak seperti permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah. Walaupun simple namun tetap nampak manisnya Datin Almy ini. Antara komen-komen peminat :

” Comelnya Datin Almy, macam permaisuri agong dah. Bila tengok dari sisi nampak sama, cantiknya Datin Almy ni.. “

” Saya ingatkan saya je yang perasan Datin Almy macam permaisuri. Pakai pula baju kuning, cantik.. “

” Sama lah muka dengan permaisuri, tengok ada iras iras kan. Cantik Datin pakai tudung moga terus istiqamah.. “

” Comel Datin, maintain lawa. suami yg berjaya menjaga isteri dgn sempurna, yg sabar, yg ikhlas menyayangi. Berkat kesabaran Allah kurniakan hidayah paling indah. Cantik sgt Love.. “

” Alhamdulillah tahniah atas berkat doa. Cantik Datin, nampak awet muda bila bertudung. semoga istiqomah.. “

” Comel macam permaisuri agong pulak. Alhamdulillah, apabila Allah mengkehendakkan sesuatu, sed1h pula baca kapsyen Dato’ Fizz ni.. “

” Simple tapi cantik, natural beauty. Humble je datin ni, pakai biasa biasa je pun dah nampak cantik. Muka ada iras permaisuri agong.. “

Alhamdulillah, setiap perancangan Allah pasti ada hikmah di sebaliknya. Datin Almy pun sudah cantik berhijab, pasti bangga hati seorang suami. Dalam sed1h ada gembiranya melihat kesayangannya ni. Semoga Datin Almy terus istiqamah dan bahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizz Fairuz, IG Fizzalmyofficialfc, Portal Majalah Nona

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..