” Akhirnya, tahniah sis, tumpang happy.. ” – Netizen

Sharifah Amani Kongsi Berita Gembira Sudah Bergelar Tunang Orang. Wah Tahniah Sharifah Amani, Semoga Segalanya Dipermudahkan !!

Setelah sekian lama, siapa sangka akhirnya, pelakon berbakat besar, Sharifah Amani kini sudah pun bergelar tunangan orang. Berita gembira tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Sharifah Amani di akaun Instagramnya.

Dengan berkongsi gambar jari manismya telah disarung cincin dan kapsyen sudah mempunyai tunang, perkongsian gambar itu telah menarik perhatian ramai. Sebelum ini, Amani ada berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan sambutan hari raya bersama keluarga.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, ada antaranya memaparkan kel1bat seorang lelaki berbaju melayu berwarna hijau berada di sisi Amani namun tidak diperlihatkan wajahnya. Perkongsian dan kata-kata Amani di posting juga seolah memberi bayangan dirinya sedang berbahagia bersama lelaki tersebut yang tidak dimaklumkan identitinya.

Malah pada bulan Februari lalu, pelakon yang terkenal dengan filem Sepet ini telah membuat ucapan hari lahir kepada seseorang tanpa menunjukkan wajahnya dalam sekeping foto menunjukkan tangan sedang digenggam erat.

Ikuti perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai dalam kalangan rakan selebriti yang berkongsi rasa bahagia dan merakamkan ucapan tahniah kepada Amani. Antara komen-komen menarik adalah :

” Alhamdulillah grats Nani.. ” – Ummi Nazeera

” Yeahhhh Go Go. Cili padi Jangan lupa p spa segar2 bugar2 tau. Alhamdullilah Ya Allah rahmati berkatilah hubungan mereka berdua. Aamiin.. ” – Farah Ahmad

” Alhamdulillah syukur omg so happy for u.. ” – Betty Rahmad

” Akhirnya. TQ Allah kerana membuka hati princess ku.. ” – Erma Fatima

” Wowww congrats Nani! So happy for u.. ” –  Rashidi Ishak

” MasyAllah Tabarakallah Alhamdulillah Doodddd May Allah ease for you , your journey in building a masjid together in His Path. Love you Dood.. ” – Lisa Surihani

” Congrats nyahhhh. Moga dipermudahkan urusan hingga ke next step. Tumpang happy tau, tak sabar nak tengok sis naik pelamin.. “

” Alhamdulillah, tahniah Sharifah Amani. Patut lah wajah makin berseri2 tak lama lagi dah nak jadi isteri orang.. “

” Wahhh Amani dah bertunang. Siapakan gerangan jejaka di belakang tu. Semoga segalanya di permudahkan.. “

” Congrats Amani. Semoga dipermudahkan urusan lepas ni dan moga kebahagian ini akan kekal hingga ke akhir hayat.. “

Wah hati Amani sudah dimiliki. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah kepada pelakon Sharifah Amani atas perkhabaran gembira ini. Semoga segala urusan Sharifah Amani selepas ini akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharifah Amani

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..