” Aleesya nak adik, tapi tak nak saya kahwin.. ” – Erra Fazira
Perkongsian Erra Fazira Berkenaan Jodoh Dan Ciri Lelaki Yang Dicarinya Sebagai Teman Hidup. Lagi-Lagi Anaknya Engku Aleesya Bertanya Soal Adik Baru. Siapa lah Agaknya Calon Tu.
Auranya sehingga kini masih kuat. Sekalipun banyak muka baru yang tumbuh bagai cendawan, nama Erra Fazira masih kekal bertahan dalam arena seni hiburan. Jol0kan primadona Melayu sehingga kini masih melekat dengan dirinya.
Masih lagi aktif berlakon dalam drama kep0lisian Gerak Khas, Erra juga menjadi pengacara rancangan bual bicara Mingguan Wanita bergandingan bersama Norman Hakim. Sejarah perkahwinan Erra yang pernah kecund4ng sebelum ini membuatkan Erra lebih matang dalam soal jodoh.
Menerusi perkahwinannya bersama Engku Emran, Erra dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Engku Aleesya. Aleesya yang kini sudahpun berusia 11 tahun menjadi anak yang baik dan sering menceriakan hidup Erra. Banyak perkongsian video Erra bersama Aleesya yang menghiburkan.
Menerusi akaun Instagram Harian Metro dan portal rasmi Harian Metro, Erra ditanyakan perihal jodoh dan teman hidup. Wanita cantik sebegini pastilah ramai yang mencuba nasib untuk dijadikan teman istimewa. Menjawab persoalan ini, Erra memberikan penjelasannya.
Jom baca perkongsian di bawah :
Memberi keutamaan untuk membesarkan dan memberi kasih sayang sepenuhnya buat puteri tunggalnya Aleesya, soal jodoh menjadi hal kedua buat Erra. Pernah digosipkan hubungan cinta dengan penyanyi Shahir AF, kini Erra lebih menumpukan perhatian terhadap karier seninya.
Erra turut memberitahu berkenaan permintaan Aleesya yang mahukan adik baru. Namun yang melucukan, Aleesya tidak mahu mommy nya ini berkahwin lagi. Mungkin bimb4ng kasih sayang dan perhatian untuknya berkurangan dan tidak seperti sekarang.
Bagi Erra, biarlah masa yang menentukan. Cuma dirinya sentiasa berdoa agar dikurniakan Allah jodoh yang seimbang dunia dan akhiratnya. Boleh memimpin ke jalan Allah yang diredhai. Siapa pun jodohnya nanti, samada dari orang seni atau pun orang biasa, Erra tidak menolak sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.
Segalanya diserahkan kepada takdir. Yang penting sekarang baginya, besarkan Aleesya agar anaknya itu menjadi insan yang berguna. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar Erra akan menemui kebahagiaannya nanti dan dikurniakan Allah jodoh yang baik dan berkekalan hingga ke hujung nyaw4. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Myhmrap, IG Erra Fazira , Portal Harian Metro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..