” Alalala comelnya Tok Ti, macam budak sekolah pulak tengok.. ” – Netizen
Dato’ Siti Nurhaliza Lancar Pre Order Boxset Manifestasi2020. Namun Dress Dan Tudung Yang Dipakainya Jadi Perhatian Netizen. Alahai Kenapa Comel Sangat Ni Tok Ti !!
Siapa sahaja yang tidak mengenali penyanyi tersohor tanah air Dato’ Sri Siti Nurhaliza Taruddin. Dek kerana bakatnya yang hebat dan keperibadian yang sungguh dikagumi ramai. Penyanyi yang lebih nesra dengan gelaran Tok Ti ini bukan sahaja diminati di Malaysia, malah di beberapa negara nusantara seperti Indonesia dan Singapura.
Seperti yang diketahui ramai, penyanyi nombor 1 negara ini telah mendirikan rumahtangga dengan Datuk Seri Khalid Jiwa. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang comel bernama Siti Aafiyah. Gelagat Aafiyah seringkali dikongsikan oleh Dato’ Siti di laman Instagram.
Pasti ramai yang sudah mengetahui Dato’ Siti sedang sibuk mempromosikan album terbarunya yang dikenali sebagai ManifestaSITI2020. Album ini telah dikeluarkan pada 3 Julai 2020 yang lalu menerusi Siti Nurhaliza Production dan Universal Music Malaysia. Ini merupakan album studio ke -18 oleh Dato’ Siti.
Terbaru, menerusi laman Instagram, Dato’ Siti telah memuat naik posting berbentuk video. Video tersebut memaparkan Dato’ Siti sedang memberitahu mengenai pelancaran pre order Boxset ManifestaSITI2020. Namun begitu, penampilannya yang lebih menarik perhatian netizen.
Dato’ Siti yang memakai dress berwarna putih sedondon dengan tudungnya membuatkan penampilannya tampak berbeza daripada biasa. Dato’ Siti juga mengenakan tudung bawal berwarna putih menampakkan wajahnya lebih muda remaja. Fesyen bajunya yang unik juga menjadi perbualan netizen di ruangan komen.
Di bawah ini adalah video tersebut. Jom tonton !!
Video tersbeut dihuj4ni dengan kata-kata pujian yang memuji kecantikan Dato’ Siti. Ini antara komen-komen mereka :
” Alala kenapa comel sgt ni, macam baby je Tokti.. “
” Cantiknyaa Tok ti, makeup mcm masa majlis resepsi kawin ngn Dato’ K.. “
” MasyaAllah so beautiful. Baju cantik sangat, alahai cute nya, macam budak sekolah pulak tengok.. “
” Aaawwwww suka laaaa baju niii, comeyy sgtt, macam pari-pari dari kayangan.. “
” Cantiknye Tok ti pakai tudung mcm ni, nampak mcm umur anak2 remaja ja.. “
Alahai, memang comel sangat Dato’ Siti ni kan. Tak pernah tak comellah Dato’ Siti ni. Setiap apa yang dipakainya pasti menarik perhatian. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan Dato’ Siti terus maju jaya dalam bidang nyanyian ini dan diharapkan album terbarunya terus mendapat sambutan. InsyaAllah..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..