” Senangnya lipat baju macam ni, thanks for the idea Mateen.. ” – Netizen

Yana Samsudin Kongsi Tutorial Lipat Baju Oleh Anaknya, Aisy Mateen. Part Yana Tanya Mateen Belajar Daripada Siapa, Jawapannya Sangat Mencuit Hati. Wahhh, Pandainya, Good Job Mateen !!

Kerja rumah yang paling tidak digemari oleh surirumah adalah melipat baju. Bayangkan baju yang berl0nggok harus dilipat dan ia merupakan kerja rumah yang memerlukan kesabaran dan ketelitian. Ini bertujuan supaya setiap helaian baju tersusun rapi di dalam almari atau pun rak khas yang disediakan.

Cuba lihat almari pakaian kita. Adakah pakaian tersusun kemas dan rapi ? Sebenarnya melipat pakaian juga ada seninya. Bukan sekadar melipat sahaja. Perlu juga dipastikan sama saiz dan ukurannya agar nampak kemas dan teratur. Malah apabila dilipat sama saiz, mudah untuk kita mengambil pakaian tersebut.

Terbaru, menerusi laman Instagram, Yana Samsudin telah memuat naik sebuah video. Video tersebut memaparkan anaknya, Aisy Mateen menunjukkan tutorial melipat baju. Walaupun baru berusia 4 tahun Mateen mampu melipat baju. Ini sangat baik untuk pembelajaran anak-anak dalam melakukan kerja rumah.

Menurut Yana dalam kapsyennya, menyatakan rasa bersyukur kerana Mateen sudah pandai melipat bajunya sendiri. Tambahnya, Yana memberitahu jangan t1ru cara Mateen melipat baju kerana anaknya itu melipat baju mengikut caranya sendiri. Alahai comel betul lipatan Mateen ni !!

Jom tonton tutorial cara melipat baju oleh Mateen di bawah ini !!

Entri tersebut mendapat pujian daripada netizen. Mereka memuji Mateen walaupun Mateen melipat baju cara dengan caranya sendiri. Malah idea lipatan baju tersebut boleh digunapakai ketika travel. Ini antara komen-komen mereka :

” Senangnya lipat baju macam ni, Thanks for the idea Mateen.. “

 ” Ok auntie ina nak buat lipat gulung lahh nak travel buat mcm tu jimat space . “

” Dia main gulung jer yer, Mateen tgk siapa lipat mcm tu.. ”

” Mateen lipat baju nak pergi travel ya, gulung² baru blh bawa byk² baju.. “

” Ala comeynya Martin, dah besar, dah pandai lipat baju versi sdri erk, hahaa, takpe lah mami.. “

Wah, pandai dan rajinnya Mateen lipat baju, mudahlah kerja mummy ye. Tahniah Mateen, apa-apa pun usaha Mateen tersebut perlu dihargai supaya Mateen lebih bersemangat. Kami di Berita Kopak mendoakan Mateen terus membesar dengan sihat dan berada dalam lindungan Allah SWT selalu hendaknya. Amin..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yana Samsudin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..