” Alahai si bulat ni, siap ged1kkan kaki lagi tu paling tak tahan. Haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Comel Muhammad Afwa Ketika Mendengar Ibunya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Sedang Menyanyi Buat Ramai Terhibur. Amboi Afwa, Bersungguh Layan Ibu Menyanyi. Sampai Ged1k-Ged1k Kaki Tu, Hehe !!

Muhammad Afwa, cahaya mata kedua penyanyi tersohor, Dato’ Seri Siti Nurhaliza ini memang dikenali ramai. Malah popularitinya juga sudah setanding ibunya. Ada sahaja video mahu pun gambar terbaru Afwa dikongsikan di media sosial pastinya menjadi perhatian umum.

Meninjau di akaun Instagram Afwa Khalid telah berkongsi satu video yang memaparkan Afwa sedang menemani Dato’ Seri Siti menyanyi. Dalam video itu, Dato’ Seri Siti menyanyikan lagu ‘Cinta’ nyanyian Marsha Milan.

Namun apa yang mencuit hati adalah gelagat Afwa yang seakan turut serta menghayati nyanyian ibunya. Bahkan bukan itu sahaja, Afwa siap menggoyangkan kakinya ketika mendengar lagu tersebut.

Perkongsian video itu telah menarik tumpuan warganet. Ada yang berseloroh mengatakan Afwa seolah tidak percaya suara ibunya merdu. Sehingga kini video gelagat comel Afwa telah mendapat ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Selain terhibur dengan gelagat Afwa, ada yang memuji suara  Dato’ Seri Siti merdu membawakan lagu Cinta. Antara komen menarik adalah :

” Alahai si bulat ni, siap ged1kkan kaki lagi tu paling tak tahan, haha. Sedap lah suara ibu Afwa nyanyi lagu ni.. “

” Anak yang baik tak ganggu pun ibunya sedang berlatih nyanyi. Afwa tengah fikir apa tu, hahaha comel lah.. “

” Apa Afwa tgh pikir tu ? Mesti fikir apasal ibu aku nyanyi macam Siti Nurhaliza, hahahaa. Kemain kaki tu kan.. “

” Pandai Afwa hayati nyanyian ibu, kaki tu ger4mnya budak comel ni ada je perang4i dia buat kita tersenyum.. “

” Ger4mnya tengok Afwa yang gebu ni, nanti besar mesti handsome. Kejap dah besar Afwa, b4mb4m betul pipi tu.. “

” Afwa nie kalau serious, muncungnya hmmmmm tajam. Sekali dia senyum, punyalah manis semanis ibunya.. “

” Sampai ternganga mulut tu, haha. Ger4mmnyaaa cute muka Afwa macam rupa ibu betul. Sedapnya suara Tokti.. “

Comel betul Afwa, patut lah ramai yang ger4m dengannya. Pejam celik, pejam celik rasa sekejap sahaja Afwa sudah pun berusia 1 tahun lebih. Semoga Afwa terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik, soleh buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG muhdafwakhalid, muhammadafwakhalid, ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.