” Alahai m4lu-m4lu. Handsome Da’i Syed, Hana pun cantik sangat berpurdah.. ” – Netizen

Video-Video Sekitar Majlis Pernikahan Da’i Syed Dan Hana Ismail. Alahai Cantiknya Hana, Sama Cantik Sama Padan Dengan Da’i Syed. Sweet Sangat Part Masa Batal Air Sembahyang Tu !!

Baru-baru ini pendakwah bebas, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful telah mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan hatinya yang juga pengacara, Hana Ismail.

Selepas majlis pertunangan tersebut, Syed dan Hana dilihat belum bersedia untuk berkongsi tarikh rasmi pernikahan mereka kepada umum. Meninjau di akaun Instagram Xtra telah berkongsi beberapa video sekitar majlis pernikahan Syed dan Hana pada hari ini.

Dalam video pertama dan kedua telah memaparkan ketibaan pengantin lelaki dan perempuan. Kelihatan Syed segak bergaya mengenakan jubah putih serta berserban. Manakala Hana pula mengenakan jubah berwarna putih dan berpurdah.

Video ketiga pula adalah ketika upacara pernikahan dan video keempat saat Syed dan Hana telah sah bergelar pasangan suami isteri. Selain Instagram Xtra, Datin Paduka Umie Aida turut berkongsi video momen terindah pernikahan kedua sahabat baiknya itu.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata ucapan tahniah kepada pasangan pengantin baru ini dan mendoakan kebahagiaan mereka. Antara komen-komen menarik adalah :

” Alhamdulillah, berseri-seri pengantin, tahniah Da’i Syed dan isteri. Semoga kalian akan bahagia bersama hingga ke akhir hayat.. “

” Wah diam2 yer, tak tahu pula mereka bercinta sebelum ni. Tahniah Da’i Syed dan Hana, semoga rumah tangga yang baru dibina ini akan kekal hingga ke akhir hay4t.. “

” Alahai m4lu2, cantik pengantin. Akhirnya Da’i Syed kahwin juga. Suka tengok video dia dengan maknya, nampak sweet.. “

” Handsome Da’i Syed, Hana pun cantik sangat berpurdah. Tahniah dah sah bergelar suami isteri, smga bahagia selalu.. “

” Tahniah kalian, semoga terus bersabar dalam meniti alam rumah tangga. Moga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.. “

 ” Alhamdulillah, selamat pengantin baru Da’i Syed dan Hana. MasyaAllah cantik dan segak pengantin.. “

” Syukur dah sah bergelar suami isteri. Didoakan semoga korang akan bahagia dan hubungan ini akan kekal ke akhir hay4t.. “

Alhamdulillah, Da’i Syed dan Hana sah bergelar suami isteri, memang cantik dan berseri-seri kedua-dua pengantin baru ini. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah kepada Da’i Syed serta Hana, semoga ikatan perkahwinan ini akan kekal hingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG xtra_my, umieaida9, daisyed, hanaalmauzah, TikTok xtra_my

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.