” Dah elok sangat-sangat depa dua ni.. “

Gelagat Sherry Alhadad Dan Han Byul Menghiburkan Hati Netizen. Part Last Sump4h Ramai Yang Jeles !!

Jika anda mengikuti rancangan realiti Big Stage 2019, pastinya anda mengenali penyanyi dari Korea iaitu Han Byul. Han Byul adalah salah seorang peserta dalam program tersebut. Beliau juga telah dinobatkan sebagai juara Big Stage 2019 yang disiarkan di saluran Astro Ria.

Manakala Sherry merupakan pengacara dalam rancangan tersebut. Sherry yang dikenali sebagai selebriti yang mencuitkan hati, sering mengusik Han Byul ketika beliau mengacarakan rancangan itu. Sherry suka mengusik Han Byul dengan menyatakan Han Byul merupakan teman lelakinya.

Walaupun begitu, usikan antara Sherry dan Han Byul sering menghiburkan para penonton kerana gelagat mereka tidak kering gusi dibuatnya. Han Byul turut sama boleh membuat lawak bersama-sama Sherry dan menghidupkan suasana gamat. Selain itu, Sherry dan Han Byul sering juga bertemu di luar.

Menerusi akaun Instagram ,Sherry Alhadad memuatnaik videonya bertemu dengan Han Byul. Apa yang begitu menarik perhatian netizen ialah mereka berdua nampak begitu serasi hinggakan mengucapkan kata ‘I miss you’ dan ‘ I love you’ lagi. Amboi, ada apa-apa ke tu ?

Tonton video di bawah :

” Jom Roti Canai “

View this post on Instagram

Jom Roti Canai

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

Rata – rata netizen terhibur melihat gelagat mereka berdua. Ramai pula yang berharap mereka bertemu jodoh. Antara komen-komen netizen :

 ” Hahaha.. So cute la korg.. “

” Part last sump4h jeles.. “

” Melet0p awk.. Semoga berjodoh la awk berdua.. “

” Betul2 jadi u olls ni nanti.. “

” Dah elok sangat2 depa dua ni.. “

” Moga berjodohan.. Amin.. “

” Sweetlah Sherry dan Han Byul.. Mmg serasi bersama.. “

” Kenapa comel sgt korg berdua ni. “

Wah, penampilan Sherry begitu cantik sekali. Solekannya berbeza dengan penampilannya sebelum ini. Han Byul pun dah pandai cakap bahasa melayu sedikit-sedikit. Siap boleh tersasul pula longhat Kedah. Bak kata pepatah, kalau dah jodoh tak ke mana. Tak gitu !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sherry Alhadad by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..