” Alah segak Papa Awan Nano ni, sesuai dengan kak Lina. Sefhia pun comel sangat.. “

Akhirnya Elly Mazlein Dedahkan Wajah Pencur1 Hatinya Papa Awan Nano dan Puteri Kesayangannya Sefhia. Wah Macam Pinang Di Belah Dua, Sepadan Sangat !!! 

Bagi peminat drama Kampung People, pastinya mengenali wajah manis Elly Mazlein. Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom akhirnya bertemu jodoh keduanya. Perkenalan bersama seorang guru Geografi bernama Mohamad Azlan akhirnya membawa bibit-bibit.

Elly menerima lamaran daripada keluarga Azlan dan akhirnya mereka melangsungkan pertunangan yang gilang gemilang pada 17 Disember yang lalu. Mohamad Azlan atau digelar oleh Elly sebagai Papa Awan Nano menjadi tanda tanya peminat kerana Elly tidak pernah mendedahkan wajahnya di akaun sosialnya.

Umum mengetahui Elly pernah berkahwin sebelum ini bersama pengarah Azmi Hatta namun jodoh mereka tidak lama. Hasil perkahwinan ini Elly dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang comel diberi nama Putri Sara Sefhia.

Sebagaimana perancangan, majlis berinai Elly akan diadakan pada 17 Januari 2020 setelah sebulan pertunangan mereka. Majlis yang diserikan oleh ramai selebriti terkenal negara dan persembahan-persembahan yang pastinya memukau dijanjikan oleh Elly.

Peminat sememangnya ternanti-nantikan untuk melihat wajah Papa Awan Nano ini dan akhirnya seperti dijanjikan Elly akhirnya mendedahkan wajah bakal suami dan puteri kesayangannya itu buat tontonan peminat. Menerusi saluran Youtube Channel Dunia Elly Mazlein, akhirnya pendedahan dibuat oleh Elly.

Rata-rata netizen teruja dengan perkongsian Elly itu. Antara komen-komen netizen :

” Alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan segala urusan Kak Lina sekeluarga.. Love u. May Allah give happiness till jannah.. “

” Alhamdulillah. Moga jadi yang terbaik dari yang terbaik. Bahagia sentiasa hingga hujung nyawa. Amiin. Love you kak kepompom.. “

” Alhamdulillah kak lina pompom. Sama cantik sama padan. Comel sefhia. Moga berbahagia selalu kak kepom.. “

” Alhamdulillah semoga bahagia. Hensem papa awanano.. “

” Alah segak papa awan nano ni sesuai dengan kak Lina. Sefhia pun comel sangat.. “

” Syukur Alhamdulillah. Muka sama maniss .. Dah jodoh la tu, selamat pengantin baru .. Semoga bahagia smpai ke syurga.. “

Akhirnya terjawap segala teka teki. Memang sama cantik sama padan pasangan ini. Betapa tebalkan kasih sayang dan cinta yang terpancar dari pandangan mata kedua-dua bakal pengantin ini. Sefhia juga tampak mesra dan tidak kekok bersama bakal ayahnya itu.

Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru in advance buat Elly Mazlein dan semoga ikatan perkahwinan ini akan sentiasa dikurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan. Moga kekal berkekalan sehingga ke jannah.. Aamin

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein, Youtube Dunia Elly Mazlein by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..