” Cantiknya kak Lina pompom kita..  “

Video Live Majlis Malam Berinai Elly Mazlein Dan Azlan Yang Begitu Meriah Sekali. Wah, Berseri-Seri Wajah Kak Lina Dan Papa Awan Nano !!

Pada 19 oktober yang lalu, Elly Mazlein telah dirisik oleh seorang jejaka bernama Azlan. Menurut Elly, Azlan atau lebih dikenali dengan gelaran Papa Awan Nano merupakan seorang guru geografi. Tidak menunggu lama, Elly telah melangsungkan majlis pertunangannya pada 17 November lalu.

Terdahulu, Elly pernah berkahwin dengan pengarah bernama Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Puteri Sara Sefhia. Mereka bercer4i pada 15 Oktober 2015. Elly mula berkenalan dengan bakal suami, Azlan pada Ogos tahun lepas dan mula serius awal tahun ini.

Pasangan ini tidak menunggu lama untuk diijabkabulkan kerana mereka akan melangsungkan majlis pernikahan pada 18 Januari 2020. Pada malam ini, pasangan ini melangsungkan Majlis Malam Berinai. Pastinya majlis pasangan ini begitu gilang-gemilang.

Menerusi akaun Instagram, Elly berkongsi video ketika beliau sedang mempersiapkan diri untuk Majlis Malam Berinai yang berlangsung pada malam ini. Majlis Malam Berinai Elly dan Azlan akan disiarkan secara langsung di channel Youtube beliau.

Tonton video di bawah :

” Jommmm ke YouTube Channel #DuniaEllyMazlein skrg .. agitchuuuuuu Jgn lupa Saksikan majlis malam berinai secara live di YouTube Channel #DuniaEllyMazlein Jommmm Subscribe Dan tekan notification ya agitchuuuuuu. Doakn kami ya wahai Kampung People..  “

(Tonton video penuh di hujung artikel..) 

Rata-rata netizen mendoakan majlis Elly berjalan lancar dan dipermudahkan. Antara komen-komen mereka :

” Cantiknya kak Lina pompom Kita..  “

Semoga dipermudahkan kaklina.. “

” Semoge majlis kak Lina mlm ni dpermudahkn. Aamiinn.. “

” Cantek nye kak Lina pompom.. “

” Semoga dipermudahkan segala urusan ye kakak lina pompom cantik.. “

” Mekap mcm ni cantik sgt kak Lina. Nampak muda dari usia. Baju tu even x tgk full pon da berkenan. Cantik.. “

” Tahniah k.Lina slmt pengantin bru smoga smpai kersyurga amin.. “

Wah, cantik sangat solekan Elly untuk majlis malam ini. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Elly Mazlein dan Azlan. Semoga dipermudahkan urusan dan majlis pernikahan yang akan berlangsung esok berjalan dengan lancar.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG dan Youtube Dunia Elly Mazlein by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..