” Ala comelnya cakap ‘ no, no ‘ dekat mommy tu. Siap dengan isyarat jari eh, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Acah-Acah Membaca Buku Mencuit Hati Ramai. Amboi Bukan Main Lagi Fatima, Part Sebut ‘ No, No ‘ Pada Mommy Tu Comel Betul. Pandai Berlakon Ni !!

Sepanjang percutian Fazura, Fattah Amin dan anak mereka, Nur Fatima Aisya di luar negara, banyak video menarik yang dikongsikan oleh pasangan ini. Setiap tempat ada memorinya dan pastinya telatah Fatima yang dinanti-nantikan ramai.

Meninjau akaun Instagram Fattzuralovelife, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fatima bersama buku-buku ceritanya. Dengan kapsyen tertulis ‘ Shhh… “teenager” tengah baca buku ‘ , telatah Fatima menghiburkan ramai.

Baru berusia 2 tahun, namun gaya Fatima ini dikatakan oleh peminat seperti budak 5 tahun. Semakin petah dan bijak berkata-kata, Fatima juga pandai berlakon. Comel sahaja melihat perbualan antara Fatima dan Fazura.

Menyebut perkataan ‘ No no ‘ kepada mommynya, Fatima membuatkan ramai yang ger4m dengan gelagatnya itu. Alahai berlagak macam budak besar lah Fatima ni. Big girl sudah anak Fazura ini, semakin besar semakin bijak.

Jom tonton video di bawah :

Lebih 7000 tanda suka telahpun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Clever girl la Nyamma ni.. ger4m betul dekat dia. Amboiii sibuk tanya daddy mana. sus4h hati tak nampak daddy dia.. “

” Are you really 2 years old Fatima ? U so bijak lah.. kecil-kecil dah pandai act macam mommy. suka lah tengok Fatima.. good girl sangat.. “

” Clever girl Fatima, Bijak betul awak ni. Hahahahahah shhh mommy, Nyamma nak baca buku lah haha dah kena setempek mommy.. “

” Read book sambil makan.. nice combo ya Nyamma. Laju ya Nyamma baca buku… haha. clever girl sangat dia.. “

” Oowh No No No haha, alahai bijak sungguh Fatima berkata kata. She’s a clever girl definitely. Semoga berjaya like your father and mother fatima.. “

” Alaaa comelnya cakap ‘ no, no ‘ dekat mommy tu. Siap dengan isyarat jari eh haha. Big girl already, clever little girl.. “

” Makin bijak mulut Fatima ni, no no no, hah mommy jangan kacau nyanma nak read book tu hehe. Ger4m je dengar no no tu.. “

Seronok warganet melihat gelagat Fatima ini. Semoga Fatima terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik dan solehah kepada kedua orang tuanya serta menjadi insan yang tinggi budi pekerti dan berakhlak mulia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fattzuralovelife, IG Fazura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..