” Aku bukan nak tunjuk aku sembahyang tapi aku nak tunjuk tengah sembahyang pun iman aku goyah.. “

Isteri Fad Bocey, Syaheera Kongsi Video Sedang Solat Namun Reaksi Anaknya Ketika Sedang Bersolat Buat Ramai Terhibur. Ad0i, Macam Mana Nak Khusyuk !!

Nur Syahirah A. Rahman merupakan isteri kepada pelawak, Muhamad Fadzlie bin Mohd Nizam atau lebih dikenali sebagai Fad Bocey. Fad merupakan salah seorang anggota kumpulan lawak terkenal Malaysia iaitu Bocey yang dianggotai oleh Abam dan Achey. Disebabkan itu nama Fad dipanggil Fad Bocey.

Pasangan ini telah berkahwin pada tahun 2015. Mereka telah dikurniakan 3 orang anak di mana sepasang anak kembar lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak kembar mereka ialah Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan manakala anak perempuan bernama Nur Aminah Mishall.

Untuk pengetahuan, isteri Fad merupakan adik angkat kepada pelawak terkenal, Jihan Muse. Sepanjang penglibatan Fad dalam dunia hiburan, beliau telah banyak memenangi pertandingan seperti Maharaja Lawak dan Bintang Mencari Bintang.

Menerusi akaun Instagram, Syaheera berkongsi videonya sedang solat bersama anak bongsunya. Video tersebut dirakam oleh Fad Bocey. Tujuan video itu dirakam adalah untuk merakam Aminah yang sedang solat namun sebaliknya yang berlaku.

Tonton video di bawah :

” Aku bukan nak tunjuk aku sembahyang tapi aku nak tunjuk tengah sembahyang pun iman aku goyah . weh kalau dia senyap ja sebelah sembahyang mcm selalu takpa.. “

” Ni bila dia atatata tu sambil usya muka kita mmg menyemboq la . yang tukang record konon nak update anak sembahyang last2 jadi kelain.. “

Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang sama apabila bersolat bersama anak kecil. Antara komen-komen mereka:

” Mcm anak kite gak la.. kdg2 kite siap ckp, ya Allah.. minta ampun aku nak cub1t anak aku.. “

” Sy pernah kene jengah lagi masa tuh tgh rukuk.. Punya la tahan nk ketawa.. Yang penting pelik mak dia dia tk kacau kita plakk die main jengah jengah.. Masa tuh kt rnr.. Ingt lagi..  “

” Hahahah drg bdk2 tecik ni mmg krg asam….. ye2 nk ikt umi abi nk solat.. bila, solat bole bt muka comel bt lawak kt dpn… Allahu.. bertabah laa bila dak2 tecik ni ada kt dpn time solat.. “

” Kita pon sama la kalau tgh solat, anak dok tgok buat lawak depan mata. ttup mata pon bole tersembur ketawa.. “

” Hahaahhaa sama macam anak buah kami harey betoi goyah iman weh .. “

” Time ni laa dye nynyi2.konon bce surah. nk tergelak klo solat ngn ank kcik.. “

” Hahaha sama laa kite time solat dia pon dok solat kt sebelah bila sujud dia dok kt sejdah kite smbil ckp ape tu umi , mi jom hahaha.. “

Sebagai seorang ibu pasti pernah melalui saat begini. Ketika kita sedang bersolat si anak membuat pelbagai aksi yang kadang-kadang kita tidak dapat hendak khusyuk dalam solat. Namun adalah bagus mendedahkan kepada anak kecil tentang solat walaupun mereka hanya sekadar mengikut gaya solat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syaheera Rahman by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..